Pakej Jalur Lebar Tetap Hanya RM69 Sebulan Mulai Mac

pakej jalur lebar tetap

Pakej Jalur Lebar Tetap Hanya RM69 Sebulan Mulai Mac

Seiring dengan konsep Malaysia MADANI, Kementerian Komunikasi dan Digital mengumumkan Pakej Jalur Lebar Tetap (Fixed Internet Broadband) dengan harga serendah RM69 sebulan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan perkara itu selaras dengan komitmen Kerajaan Peraduan untuk menurunkan kos sara hidup yang menyasarkan golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas dengan harga yang lebih rendah.

Tambah Fahmi, pakej itu menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had (unlimited data).

Selain itu, ia juga bakal ditawarkan pada bulan Mac 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan.

“Harga pakej yang ditawarkan 22 peratus lebih murah berbanding harga pakej semasa dengan spesifikasi yang sama iaitu sekitar RM89.00.

“Bermakna rakyat dapat menikmati penjimatan sebanyak RM480 sepanjang tempoh kontrak.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, pakej tersebut merupakan kerjasama daripada syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap iaitu Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, TIME Berhad dan Astro.

“Inisiatif ini bukan sahaja seiring dengan hasrat untuk meringankan beban rakyat, malahan merupakan indikator Kerajaan Perpaduan.

“Penyedia perkhidmatan juga mengambil perhatian terhadap keperluan dan kebajikan rakyat serta terus berusaha dalam memastikan kesalinghubungan digital yang lebih menyeluruh dengan harga yang lebih rendah seiring dengan konsep Malaysia MADANI.” jelasnya lagi.

Sumber: Fahmi Fadzil

The post Pakej Jalur Lebar Tetap Hanya RM69 Sebulan Mulai Mac appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*