Tak Perlu Ketuhar, Ini Cara Mudah Buat Cornflakes Madu Guna “Air Fryer”

air fryer cornflakes madu

Tak Perlu Ketuhar, Ini Cara Mudah Buat Cornflakes Madu Guna “Air Fryer”

Setiap Hari Raya Aidilfitri, amalan ziarah menziarahi atau dikenali sebagai baraan di beberapa kawasan di Malaysia menjadi satu perkara lazim dalam kalangan masyarakat tempatan.

Amalan ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga, kita juga dapat mengenali jiran tetangga dengan lebih baik. Antara perkara lazim yang dilakukan semasa amalan ini adalah menikamti hidangan yang disediakan oleh tuan rumah.

Hidangan yang disajikan biasanya air tangan dari tuan rumah itu sendiri ataupun produk makanan yang sedia ada di pasaran.

Jika ditanya kepada majoriti rakyat Malaysia, salah satu kuih yang sering laku keras sewaktu bulan Syawal adalah Cornflakes Madu.

Kebiasaannya hidangan ini dimasak dengan menggunakan ketuhar tetapi kini kita juga boleh memasaknya dengan menggunakan air fryer. 

Rata-rata isi rumah di Malaysia lebih cenderung memiliki air fryer di rumah berbanding ketuhar disebabkan perkakas ini dapat memasak pelbagai jenis juadah dengan cara yang lebih mudah.

Sebenarnya kita boleh buat Cornflakes Madu dengan menggunakan air fryer

Memandangkan Syawal bakal tiba tidak lama lagi, pengguna TikTok yang bernama @noorraidah telah berkongsi cara untuk membuat Cornflakes Madu dengan menggunakan air fryer sahaja. Jadi bagi yang tidak ada ketuhar di rumah, anda tidak perlu risau.

Pertama sekali, sediakan bahan-bahan seperti mentega (250 gram), madu (5 sudu), gula (sebaik-baiknya gula perang (3 sudu) dan satu kotak emping jagung.

Sediakan kuali dan gunakan api perlahan untuk mencairkan mentega, madu dan gula sehingga kesemua bahan larut sepenuhnya.

Apabila kesemua bahan telah cair, tunggu seketika dan biarkan ia mendidih seketika dan tutup api dengan kadar segera. Selepas api ditutup, biarkan campuran mentega cair bersama madu dan gula suam sedikit.

Seterusnya, masukan emping jagung ke dalam dan gaulkan kesemua sehingga semua emping disalut dengan campuran tersebut secara sekata.

air fryer cornflakes madu
Kredit: TikTok

Kemudian, susunkan emping jagung yang telah disaluti campuran tersebut dalam bekas air fryer. Tetapkan suhu dalam lingkungan 165-170 darjah Celcius dan masa dalam lingkungan tiga hingga lima minit.

Biarkan bahan-bahan tersebut masak di dalam air fryer sehingga masak dan jangan lupa pakai baking paper pada dasar bekas air fryer.

Apabila masak, anda boleh pindahkan Cornflakes Madu yang telah dimasak ke dalam bekas penyimpanan makanan.

Dengan ini, anda boleh menikmati kuih kegemaran rakyat Malaysia yang sedap dan rangup di rumah.

@noorraidah

Alhamdulillah. Siap juga cornflakes madu. Dah berapa hari dok teringin je. This time guna air fryer since oven takde. So takde oven takde maksalah! Air fryer ons. Next kuih apa kita nak buat? Korg komen 💕#newbieaffiliate #airfryertiktok #kuihraya2023 #takdeoventakdemasalah

♬ Suasana Hari Raya (COVER) – MAZRO AKHIRO

BACA: Anak Muda Indonesia & Malaysia Bergabung Tenaga, Bersihkan Pantai Di Kuala Terengganu

Sumber: @noorraidah via TikTok

The post Tak Perlu Ketuhar, Ini Cara Mudah Buat Cornflakes Madu Guna “Air Fryer” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*