Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023

Harga Maksimum deepavali

Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023

BERANANG, 6 NOVEMBER 2023 – Menjelang sambutan perayaan Deepavali  2023 pada 12 November 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan  Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim  Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 berkuatkuasa dari 9 November hingga 15  November 2023.

Tempoh pelaksanaan adalah selama 7 hari iaitu 3 hari sebelum perayaan,  semasa perayaan dan 3 hari selepas perayaan. Selain daripada barang-barang  di bawah harga kawalan maksimum sedia ada, Kementerian telah mengenal pasti  sebanyak 8 jenis barangan yang akan dikawal di bawah Skim ini. Barangan yang  terlibat di bawah Skim adalah:

  • Bawang merah besar import
  • Bawang merah kecil (India) tidak termasuk Ros;  Cili merah
  • Daging kambing biri-biri bertulang import;
  • Kacang dal (Australia);
  • Kelapa biji (*Harga maksimum di peringkat borong sahaja);
  • Kelapa parut (*Harga maksimum di peringkat runcit sahaja); dan
  • Tomato

Tempoh pelaksanaan SHMMP Deepavali 2023 kali ini adalah bersesuaian  mengikut keadaan semasa bagi menjamin kestabilan harga kepada kedua-dua  pihak sama ada di peringkat pengguna mahupun peniaga. 

Senarai barangan, paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan  ditentukan berdasarkan beberapa faktor seperti faktor permintaan serta  penawaran, kos semasa, cuaca, kadar tukaran wang asing, kadar upah dan faktor faktor luaran seperti ekonomi global.

Penentuan harga ini dibuat dengan mengambil kira pandangan daripada  Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi-agensi  Kerajaan dan pemain-pemain industri. 

SHMMP Deepavali 2023 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga  dan Antipencatutan (AKHAP) 2011. Harga maksimum yang telah ditetapkan  untuk SHMMP Deepavali 2023 di peringkat pemborong dan peruncit boleh  disemak melalui laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos  Sara Hidup di www.kpdn.gov.my

Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa KPDN di seluruh negara akan  meneruskan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan di lokasi-lokasi  strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan  keperluan perayaan bagi menjalankan penguatkuasaan untuk melindungi  pengguna daripada peniaga-peniaga yang tidak beretika.

Kementerian sentiasa menjalinkan kerjasama dengan KPKM untuk  memastikan bekalan barangan yang dikawal adalah mencukupi sepanjang tempoh  pelaksanaan SHMMP.

Kerajaan berharap semua pihak dapat mematuhi harga-harga yang telah  ditetapkan ini dan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang  dikawal harganya. Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil  terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini.  Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah  Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti  berikut: 

(i) Kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum

a) Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau  dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun  sehingga RM50,000; dan 

b) Syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun  sehingga RM250,000. 

(ii) Kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi  barangan harga terkawal: 

  1.  Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau  dikompaun sehingga RM5,000; dan
  2. Syarikat; boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga  RM10,000

KPDN meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumkan sebarang aduan melalui saluran berikut

  • WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000;
  • Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my;
  • Call Centre 1-800-886-800;
  • E-mel e-aduan@kpdn.gov.my;
  • Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN;
  • Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245,
  • Kod QR Aduan Bekalan

Harga Maksimum deepavali

The post Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*