Malaysia Perlu Benarkan Visa Ketibaan Kepada Semua Negara Untuk Kekal Kompetitif – Tiong

visa ketibaan

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) — Malaysia perlu meneliti langkah membenarkan visa ketibaan kepada semua negara bagi membolehkan ia kekal kompetitif dalam pasaran pelancongan global, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata memandangkan industri pelancongan negara masih dalam fasa pemulihan daripada pandemik COVID-19, Malaysia perlu sensitif kepada trend pasaran dan perlu membenarkan inisiatif pembukaan semula sepenuhnya itu secepat mungkin.

Selain itu, Tiong percaya pihak berkuasa Malaysia mampu menangani lonjakan penumpang serta mengekalkan ketenteraman di pintu masuk di seluruh negara dan tidak lagi menggunakan isu keselamatan sebagai alasan untuk menghalang ketibaan pelancong.

“Ia memberikan imej yang salah mengenai negara dan sistem kita apabila tidak bersedia untuk menyambut ketibaan semula pelancong secara besar-besaran ke Malaysia.

“Saya menggesa Kementerian Dalam Negeri untuk segera meneliti langkah memperluas visa ketibaan kepada semua negara terutama China dan India bagi mengelakkan kita daripada kehilangan daya saing di rantau ini,” menurutnya dalam kenyataan mengenai ucaptama beliau di Forum Pelancongan ASEAN 2023.

Tiong juga berkata perubahan dalam dasar dan mekanisme Imigresen ketika ini hendaklah dilakukan secara serentak dengan adaptasi serta penyesuaian kepada produk dan perkhidmatan pelancongan tempatan berdasarkan realiti baharu pasaran.

Promosi bersama pelbagai destinasi pada harga pakej pelancongan tunggal yang beliau percaya mampu merangsang daya tarikan industri pelancongan di rantau ini secara keseluruhan telah dibincangkan dalam mesyuarat dua hala dengan Menteri Pelancongan Indonesia dan Menteri Negara Singapura.

Hanya Pemegang Visa Umrah Dan Haji Sahaja Dibenar Bawa Pulang Air Zamzam

Hanya individu memiliki visa umrah atau haji sahaja yang dibenarkan untuk membawa keluar air Zamzam dalam botol dari Tanah Suci.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Presiden Eksekutif Hal Ehwal Haji dan Umrah Arab Saudi, Essam F.Nour di Lapangan Terbang Jeddah baru-baru ini.

Pekeliling dalaman juga telah diedarkan kepada pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah dan syarikat penerbangan yang menyatakan mengenai arahan baharu mengenai pengendalian air Zamzam berkenaan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Hanya Pemegang Visa Umrah & Haji Sahaja Dibenar Bawa Pulang Air Zamzam – Arab Saudi

The post Malaysia Perlu Benarkan Visa Ketibaan Kepada Semua Negara Untuk Kekal Kompetitif – Tiong appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*