Samsung Galaxy S24: “Smartphone” Terpaling AI 2024, Hardware Ganas Software Cerdas

Walaupun baru sahaja melancarkan siri mereka Januari lalu, siri terbaru Samsung itu dikatakan bakal menjadi peranti android terbaik 2024. Ini termasuk salah satu siri mereka iaitu, Galaxy S24. 

Setiap tahun kita sendiri lihat semakin susah untuk mencari telefon yang bersaiz kompak namun masih menawarkan ciri-ciri yang terbaik buat penggunanya. Kebanyakan telefon termasuk didalam kategori “go big or go home”, namun tidak buat Samsung. 

Reka bentuk: Samsung Galaxy S24, peranti pintar “small but super” 

Secara umumnya, Galaxy S24 ini agak persis dengan Galaxy S23. Kedua-dua peranti ini memiliki flat display (paparan datar), kamera tiga lensa, dan antenna markings (penanda antena) yang sama pada bingkainya. 

Pertama sekali, S24 ini mempunyai bingkai berbentuk rata, sangat mirip dengan iPhone 15.  Walau bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang tidak bagus, malah terasa lebih ‘mahal’ dan elegan. 

Bahagian depan dan belakang peranti ini menggunakan Gorilla Glass Victus 2, dan bahagian belakangnya menggunakan matte finishing jadi ‘kebal’ daripada kesan cap jari.  

Daripada segi display atau paparan Samsung Galaxy S24 ini, Samsung menggunakan LTPO AMOLED panel yang pastinya lebih mantap dan efisien. LTPO ini membuatkan kadar penyegaran (refresh rate) peranti ini turun sehingga 1Hz jika tidak digunakan berbeza dengan S23 terdahulu, hanya mampu menurun sehingga 24Hz. 

Selain itu, Samsung Galaxy S24 tampil dengan saiz skrin lebih besar iaitu 6.2 inci, nampak perbezaan yang tak begitu ketara berbanding S23 terdahulu dengan saiz 6.1 inci tetapi setelah menggunakan peranti ini beberapa hari, perbezaan satu inci itu terasa. Penggunaannya nyata lebih selesa.  

Paling best, skrin Galaxy S24 lebih cerah dengan tahap kecerahan puncak sehingga 2.600 nits.  Kecerahannya sangat baik walaupun dalam tetapan mode Natural display.  Warnanya lebih cerah dah menonjol, warna hitamnya lebih pekat dan teksnya lebih jelas dan tajam. 

Prestasi software terbaik untuk gaming dan kegunaan seharian, tak dilupakan fungsi AI yang menakjubkan

Semua siri Samsung Galaxy S24 ini dilengkapi dengan cip Qualcomm’s Snapdragon 8 Gen 3.  Ini jelas memberitahu bahawa siri ini bekerja dengan lebih laju, efisien dan pastinya lebih baik.  Bagi model S24, Samsung membawakan 8GB RAM dengan storage 128GB dan 256GB.  Walaupun memiliki RAM yang agak sedikit dengan siri S24 yang lain (12GB RAM), S24 masih cepat dengan keupayaan penggunaan harian yang tak mengecewakan.

Dengan penggunaan beberapa hari seperti melayari media sosial, membaca, menonton video, dan mengambil gambar, S24 tidak panas, tetapi sedikit suam ketika mengambil gambar outdoor.

Tak dilupakan, fungsi Galaxy AI yang menjadi tonggak Galaxy S24 ini.  Fungsi yang menjadi kegemaran adalah Circle to Search.  Dengan menekan lama pada skrin, pengguna boleh membulatkan apa sahaja objek untuk mencarinya di Google.  Fungsi ini sama seperti Google Lens tetapi tak terhad untuk satu-satu aplikasi, dimana sahaja, apa pun jua boleh gitu.

Baca fungsi Galaxy AI yang lain

Kamera S24

Jika harus memberi satu kata untuk kamera Samsung Galaxy S24 ini, satu kata itu adalah ‘mantap’.  Susunan tiga kamera peranti ini hampir sama dengan siri S23 dan ini bermakna kualiti kamera yang ditampilkan tetap mantap; kamera utama 50MP, telefoto 3x 10MP dan ultra-wide 12MP.  

Apa yang baru pada kamera S24 ini adalah peranti ini menggunakan ProVisual Engine baru yang dikatakan membantu mengenalpasti dan membezakan subjek daripada latar belakang, menghasilkan warna serta mengurangkan goyangan dan kabur pada gambar.

Salah satu perkara yang dikagumi daripada S24 ini adalah konsistensi warna terlihat jelas daripada ketiga-tiga kamera ini.  Ini penting kerana ketika sedang merakam video dan beralih kepada wide lens, telefoto dan ultra-wide, warna akan jadi tidak cantik, warna kulit seperti bukan warna yang sepatutnya.

Kesimpulannya, kamera S24 menangkap semua detail dengan halus, tajam bahkan close-up yang bagus. Warna kulit ketika menggunakan kamera selfie juga tidak terlalu oren. 

Keupayaan bateri dan pengecasan 

Galaxy S24 memiliki kapasiti bateri 4.000mAh.  Kecemerlangan kemampuan refresh rate screen yang tepat terbukti dengan bantuan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 yang membolehkan capaian tempoh masa penggunaan hingga 10 ke 14 jam sekali cas.  

Daripada pengalaman,  penggunaan harian seperti melayari media sosial, emel, mesej, strim video, membaca dan mengambil gambar, bateri Galaxy S24 masih berbaki 20% ke 30%, cukup untuk penggunaan di suku hari keesokannya. 

Kesimpulan

Untuk yang mencari-cari peranti kecil tapi super, S24 adalah pilihan yang tepat. Walaupun hardware pada kamera tidak terlalu banyak perubahan daripada siri sebelum ini, hasil gambar tetap sempurna. Jika anda seorang yang suka mengambil gambar makanan atau melancong dan dimuatnaik ke Instagram @ Tiktok, Galaxy S24 mampu bekerja dengan baik.  

Kecerdasan Galaxy AI juga adalah selling point buat peranti ini. Mungkin ada beberapa fungsi yang masih perlu dinaik taraf, tetapi secara keseluruhan, ianya sangat-sangat berguna di zaman yang serba cepat ini. 

Jika anda ingin merasakan perubahan atau upgrade, Galaxy S24 adalah peranti yang perlu menjadi top list 2024. 

Untuk membuat tempahan, anda boleh layari pautan INI, Untuk maklumat lanjut berkenaan siri Galaxy S24 ini, anda boleh layari laman web, facebook, X dan Instagram Samsung.

The post Samsung Galaxy S24: “Smartphone” Terpaling AI 2024, Hardware Ganas Software Cerdas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*