Marrybrown Cipta Sejarah Buka Restoran Pertama Di Melbourne, Australia

Marrybrown, Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar di Malaysia telah mencipta sejarah dengan pembukaan restoran pertamanya di Melbourne, Australia. Pelancaran telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup – menandakan detik yang penting untuk negara Malaysia sebagai QSR Halal tempatan yang pertama buka di Australia.

Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, teruja dengan pelancaran jenama syarikat tersebut buat julung kalinya di Australia dan juga peluang yang diberikan untuk berkongsi minat mereka untuk menyajikan makanan yang sedap dengan penduduk di Melbourne dan juga di tempat lain.

“Kami berbangga untuk membawa keunikan perisa Marrybrown dan layanan baik kepada pasaran Australia. Matlamat utama kami adalah untuk memberikan kepuasan kepada orang ramai melalui makanan yang sedap, dan kami berharap makanan popular kami, termasuk ayam goreng rangup akan menjadi kegemaran para pelanggan Australia dan Malaysia. Kami komited untuk memberikan pengalaman makan di restoran yang berkualiti tinggi, dan kami mengalu-alukan kedatangan mereka ke lokasi baharu kami di Melbourne.”

Komitmen Marrybrown terhadap kualiti dan khidmat pelanggan boleh dilihat daripada keputusan mereka untuk membuka restoran pertamanya di kawasan subbandar Burwood, terletak betul-betul di Burwood One Shopping Centre. Langkah ini dilihat akan memberikan manfaat kepada para pembeli di kawasan tersebut yang sekarang akan mendapat akses dan menikmati pengalaman mencuba makanan gabungan perisa unik Malaysia dan Barat dengan keluarga dan kawan-kawan.

Menu Marrybrown pasti akan memuaskan selera semua orang dengan varieti makanan yang lazat. Daripada ayam goreng rangup yang dikenali ramai, sampai ke burger dan wrap yang sedap, sesuai untuk khalayak ramai. Marrybrown juga menyediakan sajian Malaysia seperti Nasi Lemak, Nasi Goreng dengan Satay, Nasi Kari dan banyak lagi.  Samada anda minat makan pedas atau manis, yang menyelerakan atau menurut kemahuan, menu yang tersedia di Marrybrown pasti akan menaikkan selera anda, termasuk melegakan kehausan anda dan memuaskan keinginan makan manis dengan pilihan minuman panas dan dingin, juga pencuci mulut. Menu Marrybrown yang tersendiri dan tanpa bandingan di bandar, pasti akan menjadi kegemaran semua orang.

Sukses Marrybrown di pasaran Australia akan berterusan dengan pembukaan dua lagi restoran di kawan pusat perdagangan (CBD) Melbourne sebelum akhir tahun – dan satu lagi yang akan terletak di kawasan terkenal di Melbourne, iaitu Crown Casino. Jenama masyhur Marrybrown akan terus bertekad untuk mengembangkan bisnesnya di setiap negeri di Australia dengan pembukaan 30 restoran pada masa akan datang. 

“Sebagai rantaian restoran perkhidmatan pantas utama di Malaysia, kami amat berbangga untuk mengembangkan kehadiran kami di Australia dan memaparkan perisa-perisa Malaysia yang terbaik dan juga warisan memasak yang kaya ke setiap pelusuk dunia,” kata Dato’ Joshua.

“Perancangan kami untuk masa hadapan termasuk membina daripada kesuksesan lokasi-lokasi kami di Melbourne dan mengembangkan bisnes ke bandar-bandar lain di serata Australia, seperti Sydney dan Perth. Kami percaya bahawa semua orang seharusnya mendapat akses ke makanan Halal yang berkualiti tinggi, dan kami komited untuk menyajikan makanan yang mampu beli dan lazat kepada para pelanggan kami.”

Marrybrown sampai hari ini telah melayani jutaan pelanggan dan mempunyai lebih dari 500 restoran di 16 negara dengan objektif untuk memberikan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai yang tertinggi untuk pengalaman makan yang terunggul.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi Marrybrown dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Website: https://marrybrown.com/

MB App: https://mbapp.marrybrown.com/

Facebook: Marrybrown Malaysia

Instagram: Marrybrownmy

YouTube: Marrybrown TV

The post Marrybrown Cipta Sejarah Buka Restoran Pertama Di Melbourne, Australia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*