Roger Ng Dipenjara 10 Tahun Atas Tuduhan Bantu Gelapkan Dana 1MDB

roger ng bantu gelapkan dana 1mdb

Roger Ng Dipenjara 10 Tahun Bantu Gelapkan Dana 1MDB

Bekas pengerusi Goldman Sachs, Roger Ng telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun atas tuduhan membantu menggelapkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Keputusan ini dibuat setelah perbicaraan telah berlangsung sejak tahun lepas. Menurut BBC, skandal berkenaan menyebabkan Goldman didenda dengan jumlah yang besar serta mengejutkan dunia politik Malaysia.

Memetik Astro Awani, berbilion dolar wang yang dicuri dari dana berkenaan digunakan untuk merasuah dan membiayai beberapa aset dan gaya hidup mewah.

Lebih daripada $4.5 bilion (RM20.35 bilion) telah dicuri dan dibelanjakan untuk kepentingan peribadi seperti parti mewah, permata dan hartanah.

Ini termasuk kos pembikinan filem Hollywood, Wolf of Wall Street yang ditayangkan pada 2013.

Setakat ini, Ng tetap mempertahankan bahawa dia bukan satu-satunya individu yang bersalah dalam skandal ini. Sebaliknya, dia mendedahkan bahawa terdapat dua lagi individu yang terlibat dalam kegiatan ini.

Pihak pendakwaraya meminta hukuman penjara dilanjurkan sehingga 15 tahun

Menurut laporan BBC, pendakwa raya sebelum ini meminta hakim agar menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun ke atas Ng.

Hujah pendakwaraya, Ng telah memainkan peranan penting dalam kes korupsi berkenaan, yang mana dana yang sepatutnya digunakan untuk tujuan projek pembangunan infrastruktur dan ekonomi telah digunakan untuk kegiatan rasuah serta kepentingan peribadinya.

Tambahnya, sebanyak $4.5 bilion (RM20.14 bilion) daripada jumlah tersebut telah digelapkan oleh pegawai, bank dan sekutu mereka. Ini menjadikan kes 1MDB sebagai salah satu skandal terbesar dalam sejarah Wall Street.

Sebelum ini, bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman di Malaysia berkenaan didapati bersubahat bersama bekas bosnya, Tim Leissner yang pernah mengetuai Goldman di Asia Tenggara untuk menggelapkan wang 1MDB.

Menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, Ng telah berkerja di Goldman bermula 2005 sehingga Mei 2019 dan menerima kira-kira $35 juta (RM158.29 juta) sepanjang kariernya.

Selain itu, mereka turut didakwa melakukan pengubahan wang haram dan memberikan rasuah terhadap pegawai kerajaan bagi memberikan keuntungan kepada perniagaannya.

Untuk makluman, 1MDB merupakan sebuah syarikat yang diasaskan untuk membiayai projek pembangunan di Malaysia dan dipegang Menteri Kewangan pada ketika itu.

BACA: 1MDB: Leonardo DiCaprio Dan Kim Kardashian Disiasat FBI

Sumber: Astro Awani & BBC

The post Roger Ng Dipenjara 10 Tahun Atas Tuduhan Bantu Gelapkan Dana 1MDB appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*