Masak Sendiri Spageti Carbonara Sedap Guna Sos Homemade, Baru Puas Hati

Anda penggemar Spageti Carbonara, resipi perkongsian saudari Nurul Husna Mohamed Daud ni boleh dicuba. Sos homemade buat sendiri je. Tak guna sos segera dalam tin pun. Kalau anda ada keluarga yang besra, sesuai sangtlah masak guna resipi ni. Pasti puas hati. Memang puas makan.

RESIPI SPAGETI CARBONARA HOMEMADE SEDAP, GUNA SOS BUAT SENDIRI

BAHAN-BAHAN:
1 paket spageti  
2 1/2 tin susu sejat atau susu kotak – kalau guna 2 tin susu, 1/2 tin air pun boleh
Majerin + minyak secukupnya (untuk menumis)  
Daging cincang secukupnya
Bawang merah – dadu
1 sudu makan tepung gandum  
Cendawan dan sosej – hiris
3 keping keju cheddar  
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Parsley dan oregano kering -jika ada  

 

CARA MEMASAK:
1.Rebus spageti terlebih dahulu sampai lembut. Angkat dan toskan kemudian gaul dengan 2 sudu makan minyak masak untuk elakkan spageti dari melekat masa sejuk.

2. Panaskan majerin dan minyak. Tumis bawang hingga masak dan naik bau. Biar sedikit garing.

3. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau sekejap dan masukkan serbuk lada hitam serta daging.

4. Bila sudah naik minyak, masukkan hirisan cendawan dan sosej. Sebatikan.

5. Tambahkan susu. Jika guna sukatan yang ada air, tambahkan sekali dengan air.

6. Bila susu mula mendidih, masukkan kepingan keju dan perasakan dengan gul, garam serta perisa dengan secukupnya.

7. Akhir sekali masukkan parsli dan oregano kering dengan secukupnya. Jika tiada, boleh abaikan.

8. Kuah kelihatan agak cair semasa panas dan akan semakin pekat bila sejuk. Hidangkan bersama spageti.

BACA: Cara Buat Roti John Sedap & Mudah Secara Homemade.

Kredit resipi & foto: Nurul Husna Mohamed Daud

 

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*