Masalah komunikasi punca Ahmad Samsuri tiada sewaktu lawatan PM

HULU TERENGGANU – Ketiadaan kepimpinan kerajaan negeri Terengganu sewaktu lawatan rasmi sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri ini pada Khamis lalu hanyalah masalah komunikasi.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia tidak bermaksud wujudnya masalah dalam hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak agar tidak memanjangkan dan cuba mengeruhkan lagi isu berkenaaan.

“Kita telah jadi kerajaan negeri (Terengganu) sejak tahun 2018 lagi, sudah ada pengalaman uruskan tiga Perdana Menteri sebelum ini.

“Semasa Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu, kita dimaklumkan dengan jelas tujuan kedatangan serta siapa atau pihak dilibatkan. (Begitupun), kunjungan Perdana Menteri (Anwar) baru-baru ini, kerajaan negeri (Terengganu) tidak dimaklumkan secara khusus,” katanya di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

The post Masalah komunikasi punca Ahmad Samsuri tiada sewaktu lawatan PM appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*