Mat Yo Terkejut Safee Sali Bersara, Titip Doa Untuknya

mat yo terkejut persaraan safee sali

Mat Yo Terkejut Safee Sali Bersara, Titip Doa Untuknya

Bekas penyerang pasukan bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha mengakui agak terkejut dengan berita persaraan Safee Sali semalam.

Bagi pemain yang mesra dipanggil Mat Yo itu, beliau menghormati keputusan penyerang legenda negara berkenaan dan mendoakan yang terbaik buatnya.

Mat Yo terkejut safee bersara

“Saya agak terkejut dengan persaraan Safee Sali kerana saya juga baru mengetahuinya,” Mat Yo memberitahu Astro Arena.

“Tetapi saya hormati keputusannya, mungkin dia mempunyai sasarannya selepas ini.

“Saya doakan Safee Sali dapat meneruskan kerjaya atau apa yang diimpikannya selepas ini,” ujarnya.

Apabila beliau ditanya mengenai detik-detik terbaiknya bersama Safee Sali, Mat Yo tidak teragak-agak menjawab:

“Piala AFF 2010.

“Saya rasa semua penyokong tahu mengenai momen itu. Setiap kali penyokong berjumpa saya atau Safee, mereka pasti akan ingat momen itu.”

Berdasarkan rekod terdahulu, Matyo dan Safee merupakan gandingan penyerang ketika Malaysia menjuarai Piala AFF 2010. Ketika itu, Safee turut merangkul Anugerah Kasut Emas melalui lima gol yang dijaringkan sepanjang perlawanan.

Safee Sali umum berita persaraan dari dunia bola sepak secara rasmi

Semalam, bekas penyerang prolifik negara, Mohd Safee Mohd Sali atau lebih dikenali sebagai Safee Sali telah bersara secara rasmi dalam arena bola sepak.

Pemain berusia 39 tahun tersebut mengumumkan berita itu menerusi satu sidang media yang berlangsung semalam.

Safee berkata, beliau merasakan dirinya sudah mencapai had untuk bermain secara kompetitif dalam liga profesional.

Sebaliknya, dia akan memberikan fokus kepada pembangunan akar umbi dan bercita-cita menubuhkan sebuah akademi bola sepak.

“Bola sepak akan menjadi sebahagian besar daripada kehidupan saya. Tetapi saya amat teruja untuk meneroka masa hadapan dan peluang yang menanti.

“Dalam fasa seterusnya dalam hidup saya, saya ingin memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan saya. Ia sebagai pemangkin untuk generasi bola sepak Malaysia yang seterusnya,” ujarnya.

Tambahnya, beliau berterima kasih kepada seluruh peminat, rakan seperjuangan, kelab bola sepak dan para penaja yang telah memberi sokongan semasa dirinya bergelar pemain bola sepak.

Dalam pada itu,Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut berkongsikan berita persaraan bintang bola sepak negara tersebut menerusi Facebook.

“Selamat Bersara Safee Sali,” tulis FAM.

BACA: Rasmi, Safee Sali Umum Bersara

Sumber: Astro Awani

The post Mat Yo Terkejut Safee Sali Bersara, Titip Doa Untuknya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*