Maxim E-hailing Mengambil Bahagian Di Pameran Kerjaya Perkeso

Sibu, Sarawak – Maxim E-hailing menyertai pameran kerjaya yang dianjurkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan menggalakan peserta yang berminat untuk bekerjasama dengan Maxim E-hailing. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Persatuan Cina Bersatu Wisma, Sibu.

Tujuan utama penganjuran pameran kerjaya ini ada untuk mengurangkan bilangan pengangguran di Malaysia, dengan menawarkan peluang yang dicari oleh para pencari kerja.Ianya terbuka kepada semua yang berada di sekitar bandar Sibu untuk datang sebagai calon ang berkelayakan dan memperoleh ijazah yang kompeten pasti boleh menunggu skop kerja diwujudkan dan boleh menyertai Maxim E-hailing.

Bukan sahaja perkhidmatan e-hailing, terdapat beberapa perkhidmatan lain ditawarkan seperti penghantaran dan lori untuk kargo. Semasa sesi dijalankan, wakil Maxim akan menerangkan segala infomasi dan maklumat kepada peserta tentang cara syarikat beroperasi dan perkhidmatan yang tersedia kepada pengguna.

Mereka juga berkongsi maklumat tentang pelbagai keperluan undang-undang dan dokumen yang diperlukan bagi pendaftaran dan faedah yang diberikan oleh Maxim E-hailing kepada penyedia perkhidmatannya.

Lebih menarik lagi, terdapat beberapa peserta yang bersemangat untuk menyertai kami dan bersedia dengan dokumen yang diperlukan. Wakil dari Maxim E-hailing dengan ikhlas membimbing mereka dengan proses pendaftaran dan memperkenalkan kepada komuniti Maxim.

Selain itu, peserta juga ditawarkan dengan pakej penjenamaan kereta yang menarik, bukan sahaja akan memberi manfaat kepada peserta untuk memperoleh wang tambahan tetapi juga mendapat beberapa populariti Maxim itu sendiri.

Salah seorang peserta mengulas mengenai pengalamanya mengenai E-hailing “Saya melihat senarai kerja tentang Pameran Kerjaya Perkeso dalam facebook dan menyedari yang Maxim E-hailing terdapat dalam senarai syarikat, pada hari tersebut saya memutuskan untuk melawat kaunter mereka terlebih dahulu. Setakat sekarang pekerjaan ini adalah fleksibel dan pendapatan tidak terhad, jadi saya datang hari ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Maxim E-hailing”

Maxim E-hailing telah dijemput sebagai salah satu peserta di Pameran Kerjaya Perkeso Sibu , dan syarikat kami amat menghargai usaha wakil-wakil yang menyertai pameran tersebut serta semua yang datang bagi menyokong Maxim E-hailing. Syarikat kami komited untuk menyertai lebih banyak acara awam seperti ini untuk mewujudkan lebih banyak peluang untuk bakal peserta.

The post Maxim E-hailing Mengambil Bahagian Di Pameran Kerjaya Perkeso appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*