Mayat Berulat Ditemui Dalam Kereta, Identiti Belum Dikenal Pasti

mayat dalam kereta

Mayat Berulat Ditemui Dalam Kereta, Identiti Belum Dikenal Pasti

IPOH — Bau busuk dalam sebuah kereta jenis Proton Wira membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan berulat di sebuah premis di Jalan Pasir Puteh pada Jumaat, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, pada jam 11.51 pagi, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat tersebut.

Bagaimanapun, Yahaya berkata identiti mayat berkenaan masih belum dikenal pasti.

“Siasatan mendapati mangsa ditemui terbaring di tempat duduk belakang dalam keadaan pintu berkunci dari dalam.

“Mayat dijumpai dalam keadaan lengkap berpakaian, namun pemeriksaan pada badan lelaki itu tidak dapat dilakukan kerana keadaannya telah hitam dan berulat,” jelasnya.

BACA: Mayat Wanita Tanpa Kepala, Kaki Dan Tangan Bukan Mangsa Kes Hilang – Polis

Kata beliau, hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan cap jari.

“Bedah siasat akan dijalankan pada Isnin. Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” maklumnya.

Mayat Dalam Kereta Lebih Lima Hari

Dalam kejadian yang berbeza pada bulan lalu, Polis Daerah Petaling memaklumkan, para pengunjung dan peniaga di tapak jualan but kereta (car boot sale) di Kota Damansara dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di dalam kenderaan.

Difahamkan, mayat lelaki terbabit dipercayai telah berbau busuk dan kembung.

Rakaman video awam menunjukkan orang ramai di sekitar lokasi kejadian mengerumuni kereta berkenaan, selain pihak polis turut berada di sana bagi menjalankan siasatan.

Sumber: Sinar Harian

The post Mayat Berulat Ditemui Dalam Kereta, Identiti Belum Dikenal Pasti appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*