Penuh Warna-Warni, Piala Asia 2023 Buka Tirai Secara Rasmi

pembukaan piala asia 2023

Penuh Warna-Warni, Piala Asia 2023 Buka Tirai Secara Rasmi

DOHA — Piala Asia AFC Qatar 2023 secara rasminya dimulakan dengan acara pembukaan yang penuh warna-warni dan mempesonakan serta sambutan bunga api di Stadium Lusail pada malam ini.

Difahamkan, Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani turut hadir dalam majlis berkenaan bagi merasmikan kejohanan berprestij di Asia itu.

Gambar: Bernama

Antara persembahan yang mencuri tumpuan adalah persembahan kisah dongeng purba Timur Tengah, kehilangan Kelilah dan Demnah yang memaparkan banyak haiwan termasuk maskot dua musang.

Persembahan diserikan lagi dengan nyanyian lagu rasmi kejohanan, ‘Hadaf’ yang dibawakan oleh artis Qatar Fahad Al-Hajjaji dan Humood AlKhudher dari Kuwait.

pembukaan piala asia 2023
Gambar: Bernama

Sementara itu, Kapten pasukan tuan rumah Qatar, Hassan Al Haydos turut mengangkat sumpah kejohanan. Dalam angkat sumpah tersebut, dia mengumumkan bahawa akan memberikan penghormatan kepada kapten pasukan Palestin Musab Al-Battat.

Majlis perasmian itu diakhiri dengan sebahagian lagu termasuk lagu kebangsaan Palestin.

Gambar: Bernama

BACA:  Bacaan Surah Al-Hujurat Berkumandang Sebagai Pembuka Acara Piala Dunia Malam Tadi

Sementara itu, dalam beberapa klip di TikTok turut memaparkan kemeriahan majlis perasmian kejohanan itu.

Dalam rakaman itu mendedahkan keseluruhan stadium dipenuhi lampu pelbagai warna dari setiap sudut stadium. Manakala pada bahagian tengah padang pula menjadi pentas persembahan majlis tersebut.

@qatarliving

Capturing the electrifying ambiance of the opening ceremony at AFC Asian Cup Qatar 2023 . 🎉✨ #AsianCup2023 #Qatar #Qatarliving أجواء حفل افتتاح كأس آسيا قطر 2023 #قطر #قطرليفنغ #كأس_آسيا2023

♬ original sound – Qatar Living®

@rahsia1_q

asian cup opening ceremony..#asiancup2023 #harimaumalaya #fyp

♬ بسيمة ميدلي كأس العالم- بالحب – Bassima Boualila

Piala Asia AFC Qatar 2023

pembukaan piala asia 2023
Gambar: Bernama

Pada jam 12 tengah malam ini, tuan rumah, Qatar akan memulakan perlawanan pembukaan menentang Lubnan di Stadium Lusail bagi Kumpulan A.

Piala Asia AFC Qatar 2023 menampilkan 24 negara bertarung dalam 51 perlawanan bagi merebut piala berprestij ini.

Sumber: The Peninsula

The post Penuh Warna-Warni, Piala Asia 2023 Buka Tirai Secara Rasmi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*