Mayat Budak Dua Tahun Dilapor Ditemui Dalam Mulut Buaya

mayat dalam mulut buaya

Mayat Budak Dua Tahun Dilapor Ditemui Dalam Mulut Buaya

Amerika Syarikat- Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui di dalam mulut buaya di Florida pada Jumaat lalu, lapor CNN.

Ketua Polis St. Petersburg, Anthony Holloway berkata kanak-kanak berusia dua tahun itu dilaporkan hilang selepas ibunya juga ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di kediaman mereka pada petang Khamis.

Susulan kejadian itu, bapa mangsa telah ditahan oleh pihak polis kerana disyaki menjadi suspek yang bertanggungjawab ke atas kematian itu.

Ketika siasatan dijalankan di lokasi kejadian, anggota polis menemui buaya  berhampiran apartmen mereka. Haiwan itu didapati mempunyai sesuatu di dalam mulutnya.

BACA: Umur Muda Tapi Muka Nampak Tua, 9 Makanan Mungkin Boleh Jadi Punca

Oleh itu, pasukan polis bertindak untuk memutarkan badan buaya itu sehingga buaya itu menjatuhkan objek di dalam mulutnya.

Hasil siasatan telah mengesahkan bahawa objek itu adalah mayat kanak-kanak tersebut.

Siasatan dijalankan terhadap bapa mangsa

Sementara itu, suspek telah dimasukkan ke hospital pada Jumaat kerana cedera di bahagian tangan dan lengan.

“Dia kemudian telah disoal siasat tetapi dia tidak mahu membuka mulut dan meminta untuk menghubungi peguamnya,” kata Anthony.

Tambahnya, siasatan mengenai kes itu masih lagi dijalankan. Maklumat lanjut mengenai punca kematian kanak-kanak itu juga tidak didedahkan.

Buaya dalam perut ular

Terdahulu, dalam satu kejadian di Florida, tular video yang memaparkan seorang saintis menemui seekor ular sawa Burma yang telah menelan seekor buaya sepanjang lima kaki.

Menerusi video itu, ular tersebut dipercayai sudah mati begitu juga dengan buaya yang berada dalam perut ular terbabit.

Ular sawa Burma yang menelan buaya itu dikatakan sepanjang 18 kaki.

Video itu telah dikongsikan oleh seorang saintis bernama @rosiekmoore di akaun Instagram miliknya pada 1 November 2022. Sehingga kini, video tersebut  telah mendapat lebih 400 ribu tanda suka.

BACA JUGA: “Kerja Takkan Habis,” Susah Nak Faham Penat Suri rumah, Ini Cara Nak Hargai ‘Bidadari’ Di Rumah Korang

Sumber: CNN NEWS 

The post Mayat Budak Dua Tahun Dilapor Ditemui Dalam Mulut Buaya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*