Peniaga Dinasihat Tidak Buat Promosi Mengelirukan – Polis

peniaga promosi mengelirukan

Peniaga Dinasihat Tidak Buat Promosi Mengelirukan – Polis

SHAH ALAM, 2 April (Bernama)Peniaga dinasihatkan sentiasa peka dan dielakkan membuat promosi yang boleh mengelirukan orang ramai terutamanya pada musim perayaan, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim.

Mohd Iqbal berkata ia berikutan kekecohan yang berlaku di sebuah kedai pakaian di Seksyen 7, di sini yang diserbu orang ramai berikutan kesilapan maklumat kononnya kedai tersebut menjual pakaian serendah RM1, semalam.

Katanya orang ramai turut dinasihatkan agar tidak terlalu mudah terpengaruh dengan mana-mana promosi yang dibuat ketika musim perayaan ini.

Terdahulu, Mohd Iqbal memaklumkan pihaknya menerima aduan pada 10.30 pagi berikutan kekecohan yang berlaku pada permulaan waktu operasi kedai itu yang membuat promosi 100 pelanggan terawal dapat membeli pakaian dengan harga RM1, manakala 50 orang berikutnya akan mendapat baju kurta percuma.

“Dianggarkan lebih 500 orang membanjiri kedai berkenaan untuk mendapatkan harga promosi tersebut sehingga berlaku tolak menolak dan kekecohan.

“Sekitar 11.45 pagi atas faktor keselamatan, pihak pengurusan kedai bersetuju menghentikan operasi kerana tidak dapat mengawal bilangan pengunjung yang hadir,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Iqbal berkata setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak bersabit kejadian berkenaan dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Terdahulu tular di media sosial beberapa rakaman video orang ramai berkumpul dan beratur panjang di sebuah kedai pakaian sehingga berlaku insiden tolak menolak serta kekecohan.

BACA: Tempat ‘Favourite’ Mak-mak Beli Perabot, CEO Jawab Kenapa Jenama Terkenal Courts Mammoth Tukar Nama Jadi COURTS Malaysia

Peniaga bazar ramadan disaran sedia Menu Rahmah – KPDN Kelantan

Sebelum ini, media melaporkan peniaga bazar Ramadan di Kelantan disarankan untuk menawarkan Menu Rahmah kepada orang awam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, ia selaras permintaan kerajaan untuk mewujudkan bazar Ramadan Rahmah di setiap negeri.

“Untuk itu setiap bazar perlu ada sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah peniaga menawarkan menu tersebut.

“Ia merupakan inisiatif peniaga kepada pengguna dan di Kelantan. Terdapat tiga lokasi bazar Ramadan yang akan dipilih iaitu sama ada pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Pasir Tumbuh dan Kubang Kerian,” ujarnya ketika sidang akhbar hari ini.

Sumber: BERNAMA

BACA: Peniaga Tepi Jalan Maut Terkena Tayar Lori Tercabut

The post Peniaga Dinasihat Tidak Buat Promosi Mengelirukan – Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*