Mayat Disyaki Warga Asing Ditemukan Terapung Di Tasik Shah Alam

mayat tasik shah alam

Mayat Disyaki Warga Asing Ditemukan Terapung Di Tasik Shah Alam

SHAH ALAM  — Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui terapung di Tasik Shah Alam pada pagi ini, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, penemuan mayat warga asing itu telah disahkan oleh pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu oleh orang awam pada jam 8.19 pagi.

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa disyaki seorang warga asing selepas tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Pihak polis juga percaya mangsa merupakan warga asing kerana tidak mempunyai suntikan BCG (bacille Calmette-Guerin) di bahu sebelah kiri.

“Mayat mangsa dijumpai berpakaian lengkap dalam keadaan terlangkup,” ujarnya dalam dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Iqbal, terdapat kesan luka melecet pada leher di sebelah kanan dan kiri, selain luka kecil pada pipi dan hidung pada badan mangsa selepas pemeriksaan dilakukan oleh pihak forensik Selangor.

BACA: Pergaduhan Dalam Restoran: Lelaki Warga Asing Disiasat Mengikut Seksyen 507A KK – Polis

Walau bagaimanapun, tiada sebarang unsur jenayah dan lain-lain kecederaan pada badan mangsa yang mengakibatkan kematian.

Sehubungan itu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam bagi proses bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah laporan kematian mengejut (SDR).

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Fazlin Rasli di talian 012-5113584,” katanya lagi.

Mayat Lelaki Ditemui Dalam Longkang

Tiga hari lalu, mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tertiarap dalam longkang berkedalaman satu meter di Jalan Pasir Hor-Pasir Tumboh, Kampung Seribong di Kelantan, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, mayat itu ditemukan oleh dua pekerja syarikat penyelenggaraan jalan.

Sewaktu kejadian, salah seorang daripada pekerja tersebut, Mohd Araf Saupi, 25, berkata dia terkejut serta menggigil selepas menemukan mayat dalam keadaan lengkap berpakaian kira-kira jam 11.30 pagi Ahad.

“Pada mulanya kami fikir lelaki itu pengsan tetapi tangan dan kakinya kekuningan, mungkin sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sumber: Sinar Harian

The post Mayat Disyaki Warga Asing Ditemukan Terapung Di Tasik Shah Alam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*