Youtube Dah Setahun ‘Sunyi’, Netizen Tertanya-tanya Kemana ‘Hilangnya’ Sugu Pavithra

hilangnya sugu pavithra

Youtube Dah Setahun ‘Sunyi’, Netizen Tertanya-tanya Kemana ‘Hilangnya’ Sugu Pavithra

Netizen kini tertanya-tanya ke manakah perginya pencipta kandungan ‘Sugu Pavithra’ yang pernah menemani rakyat Malaysia sewaktu Perintah Kawalan Pergeakan (PKP) pada 2020.

Jika menelusuri lipatan kenangan sewaktu PKP, saluran Youtube Sugu Pavithra merupakan antara perkara yang terlintas dalam ingatan rakyat Malaysia.

Untuk makluman, saluran Youtube tersebut merupakan antara saluran Youtube yang berjaya meraih jumlah ‘subscriber‘ yang ramai dalam masa yang agak singkat.

Menurut laporan eksklusif yang pernah dikeluarkan Bernama pada  Mei 2020, video pertamanya yang menampilkan menu ikan tilapia bakar berjaya menarik sebanyak 5,000 orang subscriber.

Seperti yang semua sedia maklum, saluran Youtube tersebut dimiliki oleh sepasang suami isteri berbangsa India daripada Sungai Siput, Perak.

Menerusi saluran tersebut, S. Pavithra (31) dan suaminya, M. Sugu (32) berkongsi pelbagai kandungan khususnya berkenaan resepi dan petua masakan.

Pasangan yang menetap di kuarters di ladang sawit itu mula berjinak-jinak dalam bidang penghasilan kandungan di Youtube selepas mendapat saranan daripada rakannya, yang juga merupakan seorang pencipta kandungan.

Video masakan mereka menampilkan resepi-resepi berdasarkan bahan-bahan masakan yang mudah didapati di rumah.

Selain itu, mereka turut menggunakan peralatan masakan yang lazim digunakan dalam masakan di Malaysia serta mampu dimiliki oleh ramai orang.

Lebih unik, Sugu Pavithra menampilkan resepi masakan kaum India, iaitu menu masakan yang agak sukar ditemui dalam bahasa Melayu.

Pernah menambat hati rakyat Malaysia ketika dahulu

Hal ini menyebabkan, video-video masakan Sugu Pavithra terasa ‘dekat’ dalam hati rakyat Malaysia dan menggalakkan orang ramai untuk mencubanya.

Disebabkan sambutan yang luar biasa, video-video masakannya itu telah menjadi satu fenomena sepanjang pandemik.

Ramai yang mencuba resepi tersebut termasuklah beberapa insan terkenal seperti ahli bina badan Sazali Samad dan pembikin Youtube asal Jepun, iChang RM.

Kejayaan pasangan itu turut menarik perhatian media dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut melawat pasangan ini di kediaman mereka.

“Berjaya Tambat Hati Rakyat Malaysia,” Sugu Pavithra Terima Kad Ucapan Dan Tripod Dari PM

Walau bagaimanapun, pasangan ini dilihat memperlahankan rentak dan mula kurang aktif memuat naik kandungan baharu, dipercayai atas beberapa faktor tertentu sekitar Julai 2020.

Malah, kebanyakan video yang sudah dimuat naik juga dilaporkan telah dipadam dari saluran tersebut. Namun, Pavithra memaklumkan bahawa video-videonya yang hilang akan dimuat naik semula dari masa ke masa.

Namun, pasangan ini mulai ghaib daripada dunia pembikinan kandungan Youtube sekitar 2021. Kali terakhir mereka dilaporkan memuat naik video Youtube adalah pada 4 Oktober 2021 iaitu video resepi kari halbda dengan telur pecah.

Disebabkan itu, warga maya mula tertanya-tanya dan rindu dengan resepi-resepi baharu daripada pasangan suami siteri ini.

BACA: Mula Dari Bidor, Lelaki Nekad Berjalan Kaki 10,161 KM Menuju Mekah

Sumber: Bernama TV 

The post Youtube Dah Setahun ‘Sunyi’, Netizen Tertanya-tanya Kemana ‘Hilangnya’ Sugu Pavithra appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*