Mayat Lelaki Tanpa Identiti Dtemukan Reput Di Tasik Bukit Merah

Mayat Lelaki Tanpa Identiti Dtemukan Reput Di Tasik Bukit Merah

Mayat Lelaki Tanpa Identiti Dtemukan Reput Di Tasik Bukit Merah

IPOH, 6 Mei (Bernama) — Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan reput di Tasik Bukit Merah di Bagan Serai, semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima maklumat pada pukul 3.30 petang mengenai penemuan satu mayat dalam keadaan tertiarap dan terapung dengan keadaan mayat sudah menggelembung dan mereput.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mayat mempunyai tatu pada lengan kanan, bahu kanan dan kiri dan terdapat tulisan ‘ushra’ di lengan kanan mayat.

“Hasil siasatan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian mendapati tada unsur perlakuan jenayah di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Yusri berkata mayat terbabit akan menjalani proses bedah siasat di Hospital Parit Buntar dan buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pihak polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi balai polis terdekat atau Bilik Gerakan IPD Kerian menerusi talian 05-7212222.

BACA: Siap Ada Akta Sendiri & Dinaungi YDPA Agong, Ini Fakta Menarik Pengakap Malaysia

Sumber: Bernama

The post Mayat Lelaki Tanpa Identiti Dtemukan Reput Di Tasik Bukit Merah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*