Mayat Pelajar Hilang 47 Tahun Lalu Ditemui Dalam Sungai

pelajar hilang ditemui sungai

Mayat Pelajar Hilang 47 Tahun Lalu Ditemui Dalam Sungai

GEORGIA — Mayat seorang pelajar bersama kenderaan ditemui di dalam sebatang sungai selepas dilaporkan hilang 47 tahun lalu di Cusseta, Alabama, Amerika Syarikat, lapor The Mirror.

Mangsa berusia 22 tahun (ketika itu) kali terakhir dilihat berkerja di sebuah bar di LaGrange sebelum disahkan hilang pada malam 27 Januari 1976.

Difahamkan, pelajar tersebut dalam perjalanan pulang ke Universiti Auburn yang terletak kira-kira 53 kilometer (35 batu) dari kampung halamannya.

Gambar: Pejabat Syerif Daerah Troup

Mangsa menggunakan kereta jenis Ford Pinto 1974 berwarna putih dan dilaporkan tidak pernah kembali.

Susulan itu, pihak berkuasa telah cuba mencari lelaki itu di pelbagai lokasi berbeza. Bagaimanapun, operasi berkenaan tidak menemui sebarang petunjuk termasuk kenderaan yang dinaikinya.

Sementara itu, ibu bapa mangsa reda dengan pemergian anak lelaki mereka yang hilang. Oleh itu, timbul pelbagai spekulasi yang mendakwa pelajar itu telah dibunuh dan dibuang.

Penemuan Mayat Pelajar Hilang 47 Tahun Lalu

Walau bagaimanapun, misteri kehilangan pelajar itu akhirnya terbongkar apabila orang awam yang melalui sekitar kawasan tersebut menjumpai kenderaan berkenaan pada 7 Disember 2021.

Penemuan itu kemudiannya telah dimaklumkan kepada pihak polis. Hasil pemeriksaan oleh pihak berkuasa menemukan tulang manusia, dompet, kad pengenalan dan kad kredit di dalam kereta.

Serpihan tulang itu telah dihantar ke Biro Siasatan Georgia untuk proses analisis genetik (DNA) sebelum mayat itu disahkan sebagai milik pelajar yang hilang pada tahun 1974.

Gambar: Pejabat Syerif Daerah Troup

BACA JUGA: “Bukan Senang Nak Pujuk,” Telatah Anjing Terperangkap Diselamatkan Abang Bomba Raih Perhatian

Pejabat Syerif Daerah Troup dalam satu kenyataan mengesahkan penemuan mayat mangsa. Kes berkenaan ditutup selepas penemuan mayat mangsa.

Tambahan lagi, tiada bukti yang mendakwa mangsa telah dibunuh.

Bagaimanapun, punca kematian mangsa masih menjadi misteri sehingga ke hari ini sama ada mangsa terbabas ke dalam sungai atau dibunuh.

Dalam pada itu, rakan mangsa Lauren Griffen berkata semua orang berharap kes itu akan dapat diselesaikan. Tambahnya, mangsa mempunyai keperibadian yang baik.

“Dia seorang lelaki yang manis dan berakhlak kepada semua orang. Dia juga seorang yang sangat pendiam,” katanya.

Lebih menyedihkan, kedua-dua ibu bapa mangsa telah meninggal dunia. Ayah mangsa dilaporkan meninggal dunia pada tahun 2007 manakala ibunya pula pada Januari tahun ini.

Sumber: The Mirror

The post Mayat Pelajar Hilang 47 Tahun Lalu Ditemui Dalam Sungai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*