Russia mahu tamatkan perang di Ukraine secepat mungkin

MOSCOW: Russia mahu menyelesaikan konflik dengan Ukraine dan menamatkan operasi ketenteraan di negara itu secepat mungkin.

Agensi berita Anadolu memetik Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov berkata, melindungi nyawa tentera dan orang awam menjadi keutamaan bagi Moscow.

“Kami ingin menyelesaikan semua masalah secepat mungkin, termasuk menamatkan perang di Ukraine.

“Keutamaan kami ketika ini adalah nyawa askar dan orang awam di zon pertempuran,” katanya.

Namun, Lavrov mengulangi pendirian tegas Russia untuk tidak mengadakan perbincangan dengan Barat.

Mengenai penghantaran sistem peluru berpandu Patriot AS ke Ukraine, Lavrov menyatakan Washington tidak berhasrat untuk berperang secara langsung dengan Russia.

“Kami bertanya kepada AS mengenai keputusan menghantar Patriot ke Ukraine, menyaksikan pakar negara itu akan ditempatkan di Ukraine.

“Kami diberitahu secara jelas bahawa tiada rancangan seperti itu kerana AS tidak mahu beperang dengan Russia secara langsung.

“AS sebaliknya memaklumkan penghantaran sistem itu mengambil masa bagi memastikan tentera Ukraine benar-benar menguasai penggunaannya,” ujar Lavrov.

The post Russia mahu tamatkan perang di Ukraine secepat mungkin appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*