MB Selangor Bakal Ambil Tindakan Undang-undang Terhadap Sanusi

mb selangor kanakan tindakan undang-undang terhadap sanusi

MB Selangor Bakal Ambil Tindakan Undang-undang Terhadap Sanusi

Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Hal ini susulan ucapan Menteri Besar Kedah tersebut ketika Jelajah Mega Perikatan Nasional (PN) Sayangi Kedah Sejahtera semalam.

Menerusi akaun rasmi Twitternya, Amirudin berkata beliau sudahpun meneliti kandungan ucapan oleh Menteri Besar Kedah itu.

“Saya telah meneliti ucapan YAB Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Jelajah Mega PN Best baru-baru ini.”

Berhubungan dengan ucapan Sanusi, Amirudin menegaskan bahawa tuduhan dan dakwaan yang dilontarkan terhadap adalah tidak tepat sama sekali.

”Dengan tegas saya menafikan sekeras-kerasnya segala bentuk dakwaan dan tuduhan tersebut.

”Malah, perkara ini telah saya perincikan secara panjang lebar di Sidang Dewan Negeri awal tahun lalu dan awal tahun ini serta dalam satu Sidang Parlimen pada 1 Mac 2023”, katanya.

Disebabkan itu, ahli Parlimen Gombak berkata beliau akan membawa perkara tersebut ke muka pengadilan.

“Saya akan memulakan proses tindakan undang-undang terhadap Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam masa terdekat.”

Perkara berkenaan sudah pun dibincangkan bersama peguamnya.

BACA: Ramai Tak Tahu, Doktor Dedah Ini Sebab Sebenarnya Kenapa Suami Suka Bau Ketiak Isteri

BACA: Sanusi Diminta Jelas Lawatan Ke Lokasi Disyaki Lombong Haram REE

Sumber: Amirudin Shari via Twitter

The post MB Selangor Bakal Ambil Tindakan Undang-undang Terhadap Sanusi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*