Tengah “Check” Jalan Rosak Kereta Tersangkut, Jokowi Arah Pihak Berwajib Baiki Serta-Merta

kereta jokowi tersangkut

Tengah “Check” Jalan Rosak Kereta Tersangkut, Jokowi Arah Pihak Berwajib Baiki Serta-Merta

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) pada hari ini memilih untuk turun padang dan merasai sendiri keadaan jalan di wilayah Lampung, Indonesia yang dilaporkan berlubang teruk.

Kenderaan yang dinaiki Joko Widodo semasa pemeriksaan itu dilaporkan telah tersangkut berikutan keadaan jalan yang begitu teruk.

Kejadian dipercayai berlaku ketika Jokowi melalui sebuah jalan yang rosak teruk di terusan Ryacudu, Desa Bandar Agung, Lampung.

Berdasarkan laporan detikSumut, dalam sebuah video tular yang tular, Jokowi dilihat membuka pintu keretanya untuk melihat keadaan jalan yang rosak.

Kredit Twitter

Akibat daripada kejadian itu, kenderaan yang mengiringi Presiden itu turut terhenti.

Menerusi video tersebut, kedengaran suara penduduk memohon maaf atas keadaan jalan tersebut.

“Kereta sangkut ye tuan. Maaf sebab jalannya teruk,” kata penduduk dalam video tersebut.

Beberapa menteri turut mengikuti pemeriksaan tersebut

Pemeriksaan itu dilakukan oleh Jokowi diiringi beberapa menteri untuk melihat sendiri bagaimana keadaan sebenar jalan tersebut.

Jokowi dilihat menaiki kereta bersama dengan Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan.

Sebelum ini, keadaan jalan yang rosak teruk itu telah tular di media sosial. Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok di Indonesia.

Jokowi juga seterusnya dilaporkan akan melawat jalan yang rosak di Daerah Rumbia, Lampung selatan. Jalan di daerah itu juga turut rosak teruk dengan beribu-ribu lubang berada di sepanjang jalan.

Sementara itu, hasil daripada lawatan tersebut pada hari ini, Jokowi dengan segera telah meminta jalan rosak di Lampung untuk segera diperbaiki.

BACA: Jangan Simpan, Jokowi Minta Warga Indonesia Berbelanja

Menurut Jokowi, jalan yang elok dan bagus akan menjadi kunci untuk mengurangkan kos logistik.

“Secepat mungkin, dimulai dengan jalan yang rosak,” kata Jokowi di Pasar Natar, Lampung.

Jokowi berkata lagi, Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Awam (PUPR) akan segera membaiki jalan yang rosak sekiranya kerajaan wilayah atau daerah di Lampung tidak mempunyai bajet yang mencukupi.

“Ya, ia akan diambil alih oleh Kementerian Kerja Raya. Terutama yang mengalami kerosakan jalan raya, adakah itu jelas?” kata Jokowi lagi.

Sumber: Detik.com, Merdeka

The post Tengah “Check” Jalan Rosak Kereta Tersangkut, Jokowi Arah Pihak Berwajib Baiki Serta-Merta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*