MB Terengganu Turun Ke Stadium Malam Ini, Ingatkan Penyokong Jangan Lupa Solat

MB Terengganu hadir ke stadium

MB Terengganu Turun Ke Stadium Malam Ini, Ingatkan Penyokong Jangan Lupa Solat

Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dilapor akan turut hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi memberikan sokongan kepada pasukan Terengganu FC.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh beliau menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya sebentar tadi.

Menerusi hantaran tersebut, beliau juga sempat menitipkan beberapa pesanan kepada para peminat yang hadir ke stadium.

Pesanan juga ditujukan kepada para penyokong yang menonton di kawasan-kawasan yang menganjurkan tayangan skrin besar.

Antara pesanan yang ditinggalkan adalah mengingatkan semua penonton yang beragama Islam agar tidak meninggalkan kewajipan menunaikan solat fardhu.

Selain itu, beliau juga berpesan kepada penyokong agar tidak membuang sampah di merata tempat dan menerima keputusan perlawanan dengan baik.

“Jaga kelakuan. Syukur pada Allah SWT. Hati-hati dalam perjalanan balik ke destinasi masing-masing. Manfaatkan hari Sabtu untuk rehat secukupnya sebelum kembali bekerja,” katanya lagi.

Dalam perlawanan malam ini, Terengganu FC akan turun membuat perhitungan dengan Johor Darul Ta’zim. Debaran 90 minit perlawanan bakal menentukan kelab manakah yang bakal dijulang sebagai Juara Piala Malaysia 2023.

Gelagat Final Piala Malaysia, Penyokong Datang Stadium Pakai Baju Pengantin

Terdahulu, bahang kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 dilapor kian terasa.

Penyokong pasukan yang bertanding, JDT dan Terengganu FC dilihat sudah mula membanjiri perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Menurut Stadium Astro, kawasan di sekitar perkarangan SNBJ sudah pun mula sesak dan meriah dengan kehadiran penyokong.

Memetik BERNAMA, lebih 4,000 penyokong JDT dikatakan telah memenuhi SBNJ sejak awal pagi tadi.

Dianggarkan, kira-kira 109 buah bas digunakan untuk membawa penyokong tersebut ke stadium bagi memberikan sokongan yang padu kepada pasukan JDT terbabit.

Selain itu, rata-rata penyokong yang hadir menyarung jersi keramat pasukan masing-masing sebagai tanda sokongan kepada para pemain.

Namun begitu, gandingan seorang ayah bersama anak perempuannya yang hadir ke stadium dengan tema pakaian pengantin antara gelagat yang paling mencuri tumpuan.

Si ayah kemas berbaju melayu berwarna kelabu manakala si anak memakai baju pengantin wanita berwarna putih.

Gelagat anak beranak itu sempat dirakam oleh lensa kamera Astro Arena sebelum menjadi tular di media sosial.

BACA: Gelagat Final Piala Malaysia, Penyokong Datang Stadium Pakai Baju Pengantin

Sumber: Facebook/ Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

The post MB Terengganu Turun Ke Stadium Malam Ini, Ingatkan Penyokong Jangan Lupa Solat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*