MBKT Beri Amaran Kepada Peniaga Enggan Patuh Arahan Tutup Operasi Ketika Solat Jumaat

MBKT beri amaran

MBKT Beri Amaran Kepada Peniaga Enggan Patuh Arahan Tutup Operasi Ketika Solat Jumaat

KUALA TERENGGANU, 10 Jan (Bernama) — Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen perniagaan peniaga yang gagal mematuhi arahan penutupan premis selama dua jam bermula 12.30 tengah hari setiap Jumaat.

Datuk Bandar Kuala Terengganu Rosli Latif berkata arahan yang berkuat kuasa Jumaat ini melibatkan pasar raya, restoran, kedai makan serta gerai makanan milik orang Islam, bagaimanapun bagi pemilik premis makanan bukan Islam, mereka boleh beroperasi seperti biasa tanpa apa-apa halangan.

“Peraturan ini dibuat setelah mengambil kira semua faktor dan kepentingan sektor-sektor tertentu yang akan turut menerima kesan daripada penguatkuasaan.

“Arahan ini telah lama dikeluarkan, tetapi diuar-uarkan semula kerana kita ada membuat tangkapan, dan wujud aduan berlakunya pelanggaran terhadap peraturan berkenaan,” katanya pada sidang media di Menara MBKT, di sini hari ini.

Bagi pengusaha bukan Islam yang menggaji pekerja Islam, premis mereka turut tertakluk dalam arahan itu, dan menurut Rosli MBKT sedia memberi kelonggaran kepada premis kedai makan yang diuruskan pekerja wanita untuk beroperasi pada waktu berkenaan.

Bagaimanapun menurutnya pemilik premis perlu membuat permohonan khas kepada MBKT bagi mendapatkan kelulusan dengan beberapa syarat tertentu.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: BERNAMA

The post MBKT Beri Amaran Kepada Peniaga Enggan Patuh Arahan Tutup Operasi Ketika Solat Jumaat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*