McDonald’s Malaysia Belanja Makan Percuma Hargai 65,000 ‘Rider’ #MekdiBelanjaRider

KUALA LUMPUR, 17 OGOS 2023 – McDonald’s Malaysia menawarkan set hidangan percuma kepada 65,000 penunggang penghantaran atau rider di seluruh negara sebagai tanda penghargaan atas kegigihan dan kerja keras mereka dalam memenuhi permintaan pelanggan. Inisiatif #MekdiBelanjaRider #TerimaKasihAbangRider merupakan usaha restoran perkhidmatan pantas tersebut mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama menzahirkan penghargaan kepada golongan rider yang sentiasa mengutamakan pelanggan.

Selain daripada rider McDelivery, semua penunggang penghantaran boleh menebus set hidangan percuma mereka mulai 2.00 petang hingga 5.00 petang pada 17 Ogos 2023 di mana-mana restoran McDonald’s di seluruh negara. 

“Inisiatif ini dilaksanakan untuk mengucapkan terima kasih kepada para penunggang penghantaran kami yang bukan sekadar menghantar makanan, tetapi juga membawa kenangan terindah atau ‘feel good moments’ kepada rakyat Malaysia. Mereka adalah penghubung untuk makanan kami yang lazat dan senyuman kegembiraan pelanggan. Melalui inisiatif ini, kami ingin memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menzahirkan penghargaan kepada semua rider di luar sana, dan membuatkan mereka sedar bahawa peranan mereka sangatlah dihargai,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.

Didorong oleh keazaman yang kuat untuk memenuhi sasaran pesanan yang ditetapkan, Muhammad Zul Izlan Muhammad Nor, 27 tahun, mengambil keputusan untuk berkhidmat sebagai penunggang penghantaran sepenuh masa. Ini berikutan tawaran gaji secara mingguan, dan boleh membawa sehingga RM4,000 sebulan. “Saya mula bekerja seawal jam 7.00 pagi bagi membolehkan saya memenuhi sasaran penghantaran harian. Sebenarnya, ini bukanlah perkara mudah – ada hari saya dapat mencapainya dan ada hari yang tidak walaupun setelah bekerja sehingga lewat malam. Walaupun begitu, itulah yang memberi kepuasan kepada diri saya. Saya sukakan fleksibiliti waktu bekerja, yang memberi kebebasan untuk mengurus masa sendiri demi memenuhi sasaran harian saya. Apa yang paling penting adalah disiplin diri, inilah yang menentukan segalanya.”

Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda, Al Amin Fikri Mustafa Kamal, 27 tahun, mengambil keputusan menjadi rider sepenuh masa untuk menyara diri sendiri. “Sebelum ini, saya bekerja secara separuh masa di pelbagai tempat. Menjadi rider lebih memudahkan saya kerana boleh menjana pendapatan yang cukup dengan satu pekerjaan sahaja. Saya berasa sangat gembira bekerja di McDonald’s kerana layanan baik yang diterima. Walaupun ada hari-hari yang mencabar, anggaplah itu sebagai rencah kehidupan. Tak kira lambat atau cepat, yang penting kita jalankan tugas sebaik mungkin kerana melihat kegembiraan pelanggan menerima makanan adalah satu kepuasan bagi saya.”

Golongan rider sentiasa memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dengan kualiti khidmat pelanggan yang diberikan. Tanpa mengira masa atau cuaca, rakyat Malaysia sentiasa mengharapkan mereka untuk menikmati hidangan yang lazat.

“Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua rider di seluruh negara kerana selain menghantar makanan, mereka sebenarnya melakukan lebih daripada itu. Mereka turut membolehkan pelanggan untuk menikmati hidangan kegemaran dengan selesa dan gembira di rumah,” tambah Melati Abdul Hai.

Rakyat Malaysia digalakkan untuk sama-sama menzahirkan penghargaan dengan berkongsi gambar Abang atau Kakak Rider di media sosial apabila menerima pesanan anda dengan tanda pagar #MekdiBelanjaRider #TerimaKasihAbangRider.

Malah, bagi memelihara kebajikan rider McDelivery, McDonald’s Malaysia memastikan mereka dilindungi oleh Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Sebagai sebuah syarikat yang prihatin, McDonald’s Malaysia menyediakan pelbagai faedah tambahan kepada rider McDelivery termasuklah makanan percuma pada masa-masa tertentu, tuntutan jarak perjalanan dan pakej telekomunikasi bagi meringankan beban dan memudahkan urusan kerja mereka. Lebih menarik, terdapat juga bonus istimewa bagi menggalakkan prestasi rider. 

Bagi sesiapa yang berminat menjadi sebahagian daripada keluarga besar McFamili, anda boleh berkunjung ke mana-mana McDonald’s berdekatan anda untuk maklumat lanjut.

The post McDonald’s Malaysia Belanja Makan Percuma Hargai 65,000 ‘Rider’ #MekdiBelanjaRider appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*