Nahas Elmina: Pemandu Grab “Reject” Penumpang Sejak 2 Petang

Pemandu Grab nahas elmina

Nahas Elmina: Pemandu Grab “Reject” Penumpang Sejak 2 Petang

Seorang pemandu Grab yang maut dalam insiden pesawat terhempas disyaki sedang berseorangan di dalam kenderaannya tanpa sebarang penumpang.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam sidang media sebentar tadi.

“Pemandu Grab yang maut dalam insiden pesawat terhempas difahamkan tidak mengambil penumpang sejak pukul 2 petang,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Perkara itu dikenal pasti berdasarkan pemeriksaan log daripada Grab yang dilakukan oleh polis semasa siasatan sedang dijalankan.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Nahas Pesawat Di Elmina: Wanita Tak Sangka “Rider” Yang Terkorban Adalah Sepupu Sendiri

Seorang wanita tak menyangka selepas mengetahui rider yang terkorban dalam nahas pesawat yang terhempas di Elmina semalam merupakan adik sepupunya sendiri.

Wanita bernama Nurul Nazihah itu berkongsi coretannya berkenaan kejadian tersebut di akaun Facebook miliknya.

Menurut Nazihah, dia yang turut melihat keadaan mangsa yang terbakar menerusi video-video tular pada awalnya turut berasa sedih dan simpati kepada mangsa.

Namun segalanya berubah selepas pihak polis mengesahkan bahawa rider tersebut adalah adik sepupunya sendiri.

“Allahuakbar. Patut la dok sedih sangat-sangat, simpati dengan rider yang terbakar accident dengan pesawat dekat Elmina petang ni. Rupanya Adik sepupu sendiri weyh. Allah Allah. Awat laa kena dekat orang yang ku kenal ni,” tulis hantaran Nazihah tersebut.

Susulan kejadian itu, Nurul Nazihah meminta kenalannya di Facebook untuk mendoakan arwah yang dikenali sebagai Apit.

“Zie Mohon ampa tolong doakan Allah ampunkan dosa-dosanya, ditempatkan dalam golongan orang beriman & diberi kekuatan untuk keluarga kami.

“Al-Fatihah untuk Apit. Orang baik Allah sayang kan. Ampa tolong doa Allah kurniakan Syurga buatnya,” sambung hantaran Nazihah yang meminta orang ramai untuk mendoakan mangsa.

Kesemua 10 mayat mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, telah ditemukan.

Terdahulu, pesawat jenis Beechcraft Premier 1 dengan nombor pendaftaran N287V dilaporkan telah terhempas di Elmina Shah Alam pada petang semalam.

Difahamkan, pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 2.08 petang dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz.

Menurut CAAM lagi, kontak pertama antara pesawat dengan Menara Kawalan Udara Subang berlaku pada 2.47 petang dan pesawat itu mendapat kebenaran untuk mendarat pada 2.48 petang.

”Pada 2.51 petang, Menara Kawalan Udara Subang melihat kehadiran asap dari lokasi kejadian namun tiada panggilan kecemasan dibuat oleh pesawat tersebut.

“Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautik Kuala Lumpur (KL ARCC) telah diaktifkan bagi melaksanakan misi mencari dan menyelamat,” jelasnya.

Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikuti Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.

Sumber: Astro Awani

The post Nahas Elmina: Pemandu Grab “Reject” Penumpang Sejak 2 Petang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*