KKM Siap Sedia Berdepan Kemunculan Penyakit X – Dr Zaliha

kkm penyakit x

KKM Siap Sedia Berdepan Kemunculan Penyakit X – Dr Zaliha

KUALA LUMPUR — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa pihaknya bersiap siaga menghadapi segala kemungkinan berkaitan pandemik baharu termasuk ancaman penyakit X dalam negara pada masa depan.

Memetik Sinar Harian, Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Zaliha Mustafa berkata, sekiranya terdapat ancaman daripada wabak berkenaan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bakal mengeluarkan amaran kepada negara-negara.

“Ia dinamakan X kerana masih belum diketahui penyakit yang sebenar, namun kita sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia hadapi kemungkinan pandemik ini.

“Semasa saya menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, isu penyakit X ini tidak dibincangkan antara Menteri Kesihatan lain.

“Namun, di peringkat Malaysia, KKM sentiasa membuat pemantauan jika ada muncul penyakit-penyakit baharu seperti yang diperkatakan,” maklumnya.

Dr Zaliha berkata demikian dalam sidang akhbar selepas hadir pada Majlis Penyerahan Kompleks Dewan Bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Wad Tambahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turut sama hadir dalam majlis tersebut.

Menurut laporan Sinar Harian sebelum ini , ancaman pandemik itu semakin hampir dan berpotensi meragut jutaan nyawa berbanding Covid-19.

Perkara itu diakui oleh pakar kesihatan global berhubung penyakit X.

WHO mengklarifikasikan penyakit itu sebagai penyakit X dan meramalkan ia boleh berlaku pada bila-bila masa.

Sehubungan itu, pertubuhan itu menasihatkan pembikinan vaksin segera sebagai respon setelah dunia berada pada situasi ‘tidak bersedia’ ketika menghadapi Covid-19 pada awal 2020 lalu.

BACA JUGA: Oyen Tunjuk Siapa ‘Taiko’ Taman, Kejar Anjing Sampai Bertempiaran Lari

Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang menyediakan satu senarai lengkap patogen yang dikenal pasti berpotensi mencetuskan wabak di masa akan datang, lapor AFP.

Patogen merujuk kepada agen penyebab penyakit seperti bakteria, virus dan mikroorganisma lain.

Menurut WHO, tujuan senarai itu dikeluarkan adalah sebagai bimbingan kepada aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta pelaburan di peringkat global, terutamanya dalam penghasilan vaksin, ujian dan rawatan.

Sumber: Sinar Harian

The post KKM Siap Sedia Berdepan Kemunculan Penyakit X – Dr Zaliha appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*