Melaka “Sesak” Dipenuhi Pengunjung Sejak Awal Pagi

melaka sesak

Melaka “Sesak” Dipenuhi Pengunjung Sejak Awal Pagi

Bersempena Ulang Tahun Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Ke-68 hari ini, orang ramai dilaporkan berpusu-pusu ke 11 lokasi tarikan di Melaka.

Hasil tinjauan di media sosial mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang termasuk membawa keluarga berkunjung ke bandar bersejarah itu sempena cuti umum.

“Melaka Sesak”

Sekitar jam 7.30 pagi tadi, orang ramai dilihat sudah beratur panjang untuk memasuki 11 lokasi yang dibuka secara percuma yang dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri.

Biarpun cahaya matahari sudah mula ‘menyuluh’, mereka dilihat teguh beratur dalam keadaan terkawal.

Berikut situasi terkini di beberapa kawasan di bandar Melaka yang menjadi tumpuan orang ramai:

 

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Melaka memaklumkan, sebanyak 11 lokasi diberikan kemasukan percuma pada 20 Februari 2023.

Antara lokasi yang diberikan pelepasan percuma termasuklah Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Zoo Melaka, Balai Cerap Al-Khawarizmi, Melaka Wonderland & Theme Park, Taman Laut Negeri Melaka, lima kelab golf Negeri Melaka, Muzium Penjara Malaysia Melaka dan Malaysia Heritage Studios.

BACA: Confirm Selamat Dan Berkualiti, Nak Beli Buah Dan Sayur, “Check” Dulu Ada Logo Ni

2024 Tahun Melawat Melaka

Bermula 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024 Kerajaan  Negeri Melaka menganjurkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 dengan bertemakan “Mana Lagi? Melaka Ler…”.

Maklum kerajaaan negeri itu menerusi laman web rasmi, ojektif penganjuran TMM 2024 ini adalah menjadikan Melaka sebagai top of the mind dan preferred tourist destination dengan sasaran 15 hingga 18.7 juta pelancong ke Melaka pada tahun 2024.

“Selain itu, TMM 2024 juga merupakan misi Kerajaan Negeri Melaka dalam menggalakkan penglibatan rakyat negeri Melaka di dalam sektor pelancongan di dalam menjaga kebersihan, keceriaan di samping melindungi tarikan pelancongan sejarah, warisan dan alam semula jadi negeri Melaka melalui aktiviti pemuliharaan dan konservasi.

“Untuk sebarang info lanjut berhubung TMM2024 ini, sila layari laman rasmi Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka di pautan https://www.visitmelaka.com.my  atau hubungi  One Number Call Centre di talian 06-3333333,” maklum kenyataan tersebut.

Sumber: Tourism Melaka, Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka

The post Melaka “Sesak” Dipenuhi Pengunjung Sejak Awal Pagi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*