Menangani Isu Kependudukan Secara Inklusif Dengan Memperkasa Peranan Wanita & Mengarus Perdana Gender

KUALA LUMPUR, 11 JULAI – “Mengorak Kuasa Kesaksamaan Gender: Memperkasa Suara Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan Bagi Membuka Peluang Dunia Tanpa Batas,” merupakan tema Hari Penduduk Sedunia bagi sambutan 2023. Tema ini adalah selaras dengan inisiatif semasa Kerajaan untuk menangani isu kependudukan secara koletif dalam usaha memperkasa peranan wanita dan mengarus perdana gender dalam pembangunan negara.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berpendapat bahawa sambutan Hari Penduduk wajar diberi perhatian dan dijadikan platform untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu dan cabaran semasa kependudukan di negara ini lebih-lebih lagi berkaitan isu kesaksamaan gender.

Ini adalah selaras dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam memartabatkan kumpulan sasar KPWKM menerusi komitmen negara di bawah Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dan Konvensyen Hak Asasi Orang Kurang Upaya (CRPD). Malaysia juga menzahirkan komitmen dan solidariti bersama negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk merealisasikan agenda Matlamat 5 Pembangunan Mampan (SDG) 2030.

Justeru, bersempena sambutan hari penduduk pada tahun ini, KPWKM dengan kerjasama DOSM, UNFPA dan Universiti Malaya (UM) akan melaksanakan satu forum berkaitan kependudukan yang bakal mengupas dan menjelaskan tema tersebut. Forum tersebut akan diadakan pada penghujung Julai ini melibatkan barisan panel yang mempunyai kepakaran dalam isu kependudukan dan kesaksamaan gender.

Maklumat lanjut mengenai sambutan Hari Penduduk Sedunia 2023 dan PERKKS 23 boleh dilayari di laman web LPPKN: www.lppkn.gov.my atau laman web Malaysian Population Research Hub LPPKN: https://mprh.lppkn.gov.my/.

The post Menangani Isu Kependudukan Secara Inklusif Dengan Memperkasa Peranan Wanita & Mengarus Perdana Gender appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*