Tumbuh Tumor Sepanjang 5 Meter, Harimau Bintang Selamat Dibedah

Tumbuh Tumor Sepanjang 5 Meter Berhampiran Mata, Harimau Bintang Selamat Dibedah

Seekor harimau bintang jantan berusia 15 tahun bernama Tree, seberat 51.5 kilogram telah selamat menjalani pembedahan di Pusat Pengurusan Hidupan Liar Bang Chawak, lapor Thaiger.

Doktor veterinar dari wilayah Suphan Buri di Thailand berjaya mengeluarkan tumor besar dari muka harimau bintang itu semalam dan ia semakin pulih selepas menjalani pembedahan.

Tree dibius dengan menggunakan dart anestetik sebelum doktor membawanya keluar dari kandang ke meja bedah.

Gambar: Thaiger

Tumor yang melekat pada muka Tree berhampiran matanya dilaporkan berukuran 4.5 meter lebar dan sepanjang 5 meter.

Tree kemudiannya menerima suntikan antiseptik yang akan berkesan selama 14 hari, ubat penahan sakit dan vitamin berkhasiat.

Gambar: Thaiger

Memetik Thaiger, Tree dipindahkan semula ke dalam kandangnya untuk proses pemulihan daripada bius dan kini keadaannya semakin baik, menurut pegawai.

Sampel tumor akan dihantar ke makmal untuk ujian sama ada ia adalah kanser atau bukan kanser. Sekiranya ia adalah ketulan kanser, maka Tree mungkin perlu menjalani rawatan lanjut.

Laporan itu tidak menyatakan sama ada Tree merupakan harimau bintang liar dari kawasan bukan memburu ataupun penghuni di Pusat Pengurusan Hidupan Liar Bang Chawak.

Gambar: Thaiger

Pada minggu lalu, kamera yang diletakkan di pergunungan Kanchanaburi berjaya merakam seekor harimau bintang yang cantik sedang berkeliaran melalui di kawasan pemuliharaan yang tidak lama lagi akan diisytiharkan sebagai zon dilarang memburu.

Harimau bintang disenaraikan sebagai hampir terancam dalam Senarai Merah IUCN. Walau bagaimanapun, haiwan spesies ini dikatakan terancam di sesetengah kawasan.

Pada hari Ahad, pelancong dan penduduk tempatan di Kanchanaburi diarahkan untuk berhati-hati selepas seekor harimau keluar dari hutan dan dikesan berkeliaran di sekitar Empangan Srinagarind.

Sumber: Thaiger

The post Tumbuh Tumor Sepanjang 5 Meter, Harimau Bintang Selamat Dibedah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*