Menggelupas & Merah, AI Dedah Ini Rupa Mengerikan ‘Manusia Terakhir Di Bumi’

Menggelupas & Merah, AI Dedah Ini Rupa Mengerikan ‘Manusia Terakhir Di Bumi’

Satu perisian kecerdasan buatan (AI) baru-baru ini mendedahkan bagaiamana rupa manusia terakhir yang menghuni Bumi akan kelihatan suatu hari nanti, lapor The Sun UK.

Selain manusia, beberapa keping gambar lain termasuk sungai yang dipenuhi darah, gua kematian serta permulaan Perang Dunia Ketiga turut dijana oleh AI yang sama. Setiap gambar yang dijana AI tersebut kelihatan sangat realistik dan disifatkan amat menyeramkan oleh beberapa pihak.

Menerusi imej janaan manusia terakhir di Bumi itu, gambar berkenaan menunjukkan wajah seorang lelaki berusia dengan keadaan kulit seakan-akan menderita penyakit gatal-gatal serta mata merah dan berair.

Kredit: TikTok

Manakala imej janaan sungai yang dipenuhi darah yang pekat, gua kematian dan suasana ngeri pada permulaan Perang Dunia Ketiga membuatkan sesiapa yang melihat gambar-gambar tersebut pasti terasa meremang bulu romanya.

Kredit: TikTok
Kredit: TikTok

Difahamkan, semua imej-imej AI ini telah dikongsikan di oleh seorang pengguna TikTok untuk tatapan umum. Menerusi platform perkongsian video berkenaan, pengguna dengan nama The AI Drawing itu turut memuat naik pertanyaan menerusi kapsyen yang berbunyi “Yang manakah lebih menakutkan?”

Klip tersebut telah meraih lebih 74,000 tanda suka serta lebih dari 200 komen serta ditonton lebih 2.4 juta kali. Rata-rata pengguna TikTok mengakui imej berkenaan sangat realistik dan apa yang dipaparkan boleh mengundang rasa bimbang manusia terhadap masa depan dunia.

@theaidrawing

Which one is the most scary?😰 #creepy #scarytiktoks #horrortok #fypシ

♬ Devil Eyes – There I Ruined It

Sebelum ini, seorang bekas pegawai tinggi di Rumah Putih pernah mengulas mengenai kemampuan AI untuk menghasilkan foto-foto manusia yang kelihatan sangat realistik, walaupun manusia tersebut tidak wujud secara nyata.

Menurutnya, kemampuan-kemampuan yang dihasilkan AI tersebut amat menggusarkan dan wajar diberi perhatian kerana imej janaan yang dihasilkan hampir tidak boleh dibezakan dengan imej daripada objek nyata.

BACA: Mampu Jawab ‘Semua’ Soalan Manusia, Kenali ChatGPT, AI Yang Diramal Bakal Ganti Google Nanti

Sumber: The Sun

The post Menggelupas & Merah, AI Dedah Ini Rupa Mengerikan ‘Manusia Terakhir Di Bumi’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*