“Menipu Harta Orang…”, UAI Ingatkan ‘Geng’ Suka Tipu Tuntutan “Mileage & OT” Masa Kerja

tipu mileage ot

“Menipu Harta Orang…”, UAI Ingatkan ‘Geng’ Suka Tipu Tuntutan “Mileage & OT” Masa Kerja

Sebagai pekerja di sesebuah syarikat ataupun perusahaan, kita dapat membuat tuntutan pada hujung bulan bagi beberapa perkara. Antaranya seperti tuntutan perjalanan (mileage) dan kerja lebih masa atau terma yang biasa digunakan iaitu overtime (OT).

Tuntutan-tuntutan adalah untuk memberi kemudahan kepada pekerja yang menggunakan kenderaan atau wang sendiri misalnya untuk menghadiri sesuatu acara mewakili tempat kerjanya.

Namun, tidak dapat dinafikan ada segelintir pekerja yang mengambil kesempatan dalam kemudahan yang yang ditawarkan oleh majikan ini.

Tipu mileage dan OT masa buat tuntutan, ini teguran pedas UAI

Antaranya adalah melakukan penipuan seperti memanipulasikan tuntutan melebihi nilai yang sepatutnya. Ada juga individu yang meminta rakan sepejabat untuk ‘punch card’ beberapa jam selepas habis waktu bekerja. Tujuannya supaya individu tersebut layak membuat tuntutan OT.

Persoalan-persoalan berkaitan isu ini kemudian diajukan kepada pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI). Beliau diajukan soalan-soalan tersebut dalam satu ceramahnya, baru-baru ini.

Salah seorang pendengarnya mengakui pernah melakukan penipuan ketika membuat tuntutan perjalanan dan kerja lebih masa semasa dia bekerja dahulu.

Lalu, pendengar tersebut bertanya apa yang harus dilakukan kerana dia ingin bertaubat dan menyesali perbuatan tersebut.

“Pulangkan balik duit kepada jabatan,” kata UAI.

Taubat tak diterima selagi harta yang diambil tidak dipulangkan pada pemiliknya

UAI kemudian turut memberikan beberapa anekdot yang sering berlaku dalam isu penipuan semasa melakukan tuntutan-tuntutan ini.

“Kalau kita kerja dengan orang, kita tipu overtime. Sepatutnya, kita balik punch card pukul 5.00 petang dan tetapi kita balik kita tidak punch card. Kita minta kawan kita untuk ‘punch card’ pada pukul 10 malam.

“Jadi 5 jam (tambahan) kita dapat. Kalau RM 5 sejam, lima jam sama dengan RM 25…haram dosa besar” jelas UAI lagi.

Beliau kemudian turut memberikan analogi berkenaan penipuan tuntutan perjalanan.

“Tuntutan perjalanan. Perjalanan kita 100 kilometer, tetapi kita tuntut 120 km. Tidur di hotel RM 115, tetapi buat tuntutan RM 250. Semua itu haram belaka. Sembahyang tak diterima kerana menipu harta orang.

“Jangan buat main,” tegasnya.

Pendakwah bebas tersebut berkata bahawa apabila manusia melakukan dosa terhadap Allah, manusia itu perlu bertaubat dengan yang Maha Esa.

“Dia bertaubat kepada Allah dan Allah terima selalu kerana dosa itu tidak berkait dengan harta orang”, katanya lagi.

Namun begitu, UAI menegaskan apabila melakukan dosa dengan menipu harta orang lain, taubatnya tidak diterima sehingga harta yang ditipu dipulangkan semula.

“Tipu duit orang, taubat tak diterima melainkan kena pulangkan dahulu duit tersebut,” tegasnya.

Semoga bermanfaat.

BACA: 196,583 Buah Dalam 14 Tahun, Unit Terakhir Kereta Proton Exora Dihasilkan Semalam

Sumber: @ustaz.azhar.idrus via TikTok

The post “Menipu Harta Orang…”, UAI Ingatkan ‘Geng’ Suka Tipu Tuntutan “Mileage & OT” Masa Kerja appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*