Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Terima Kunjungan Hormat Menteri Luar Negeri Republik Argentina

Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Terima Kunjungan Hormat Menteri Luar Negeri Republik Argentina

KUALA LUMPUR, 19 MAC 2024 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk  Seri Haji Mohamad bin Sabu, menerima kunjungan hormat Menteri Luar Negeri Republik  Argentina, Puan Yang Terutama Diana Mondino, di pejabatnya di Lembaga Pertubuhan  Peladang (LPP), pada semalam. 

Pertemuan sulung kedua-dua pemimpin ini bagi membincangkan kerjasama antara  Malaysia dan Argentina dalam perdagangan dua hala, persijilan halal serta sektor  penternakan dan pertanian. 

menteri pertanian 

Mohamad semasa sesi pertemuan mengalu-alukan kerjasama teknikal dalam bidang  penyelidikan dan pemodenan pertanian. Beliau turut menekankan potensi beberapa  produk Malaysia untuk dieksport ke Argentina seperti produk nilai tambah haiwan dan  makanan haiwan ini termasuk makanan haiwan berasaskan protein serangga yang  diproses. 

menteri pertanian

Semasa pertemuan tersebut yang turut dihadiri Jabatan Kemajuan Islam Malaysia  (JAKIM), pihaknya juga menawarkan bantuan latihan dan konsultasi kepada badan  pensijilan halal di Argentina dalam pematuhan standard halal Malaysia, bagi  melancarkan proses permohonan pengiktirafan halal JAKIM. Di samping itu, Institut  Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menyatakan hasrat untuk  memperbaharui kerjasama sedia ada antara MARDI dan Institut Teknologi Pertanian dan Ternakan Negara, Argentina (INTA) melalui Memorandum Persefahaman (MoU)  yang telah ditandatangani pada bulan Oktober 2019 dan akan tamat pada Oktober tahun  ini. Mondino menyambut baik makluman tersebut dan menyatakan bahawa terdapat  banyak lagi potensi kerjasama yang boleh diterokai melalui MoU antara kedua-dua  pihak. 

menteri pertanian

Mohamad turut mengundang Mondino ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro  Pelancongan (MAHA) 2024 yang dijadualkan pada September serta mempelawa  penyertaan pihak Argentina dalam acara dwi-tahunan tersebut.  

Hadir sama Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Lokman Hakim Ali; Ketua Pengarah  Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Dr. Akma Ngah Hamid; Ketua Pengarah  MARDI, Dato’ Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)  JAKIM, Pengarah Bahagian Jabatan Pertanian (DOA), Pegawai Kanan Jabatan/Agensi  dibawah KPKM serta pegawai daripada Kementerian Luar Negeri (KLN)

The post Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Terima Kunjungan Hormat Menteri Luar Negeri Republik Argentina appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*