Potong Mata JDT Adalah Tindakan Tak “Gentleman” – TMJ

potong mata jdt

Potong Mata JDT Adalah Tindakan Tak “Gentleman” – TMJ

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan tidak bersetuju dengan tindakan memotong mata liga sebagai sebagai hukuman kepada tindakan penyokong yang membakar suar berulang kali, lapor Sinar Harian.

Menurut TMJ, cadangan itu disifatkannya sebagai tidak ‘gentleman‘ dan merupakan cara yang salah untuk mengalahkan JDT dalam perlawanan.

“Kami dah dihukum lebih RM100,000 dan mungkin akan ada hukuman lagi. Tetapi, kalau nak bertentang dengan JDT takkan awak nak harap mata kena potong pasal ada penyokong membakar suar.

“Tak ‘gentleman‘ kalau nak kalahkan, kalahkan dalam padang janganlah berharap-harap kononnya mata kita kena potong.

“Bagi saya itu macam tak ‘gentleman‘ atau boleh katakan ‘for me is a loser‘ punya mentaliti, ‘mindset‘ dan saya rasa pasukan lain harus beri tumpuan untuk pengurusan tambah baik skuad daripada sibuk hal pasal JDT,” katanya dalam satu video sesi soal jawab di laman Facebook Johor Southern Tiger.

FAM denda JDT sebanyak RM120,000

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilaporkan telah mendenda JDT sebanyak RM120,000 pada 6 Julai lalu.

Denda itu dikenakan ke atas JDT selepas tindakan penyokongnya yang menyalakan suar pada tiga perlawanan Liga Malaysia (Liga-M), di Stadium Sultan Ibrahim.

Namun seakan tidak serik, segelintir penyokong masih mengulangi perbuatan itu dalam aksi Liga Super ketika JDT menentang Negeri Sembilan dua hari kemudiannya.

Untuk makluman peminat sukan bola sepak, tindakan menyalakan suar adalah melanggar obligasi penganjuran perlawanan.

Ia juga bertentangan dengan Artikel 70.1 Kod Tatatertib FAM, di mana barang larangan dilarang sama sekali dibawa masuk ke stadium.

“Kami Tidak Mampu,” TMJ Dedah Punca Falcao Tak Jadi “Join” JDT

Terdahulu, TMJ pernah mendedahkan bahawa hasrat untuk menandatangani Radamel Falcao tidak menjadi kenyataan kerana harganya terlalu mahal, lapor Sinar Harian.

Bagiamanapun menurut Tunku Ismail, perbincangan bagi membawa pemain kelahiran Colombia itu ke JDT pernah terjadi.

“Kami tidak mampu dengan harga yang beliau inginkan kerana harga itu terlampau mahal. Kami ingin menggunakan bajet yang ada untuk beli dua tiga pemain yang lain untuk pertingkatkan pasukan.

BACA: Digelar Sebagai Bapa Bom Atom, Ini Latar Belakang Ringkas Oppenheimer

“Jadi dalam ‘strategy wise‘, untuk ‘commercial wise‘ adalah bagus. Sudah tentu beliau adalah pemain yang ‘superstar‘, tapi kita kena ada penilaian realistik dalam kewangan.

“Kerana itulah beliau sudah datang dan berbincang, tetapi kami tidak teruskan kerana tidak mampu untuk mendapatkan pemain tersebut,” katanya dalam satu video di laman Facebook Johor Southern Tigers.

Sumber: Sinar Harian

The post Potong Mata JDT Adalah Tindakan Tak “Gentleman” – TMJ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*