Tak Tahu Macam Mana Boleh Terbentuk, Penyelidik Temui Lubang Misteri Kedua Terdalam Dunia

lubang kedua terdalam

Tak Tahu Macam Mana Boleh Terbentuk, Penyelidik Temui Lubang Misteri Kedua Terdalam Dunia

Penyelidik dilaporkan menemui lubang kedua terdalam di dunia di luar pantai Semenanjung Yucatan di Mexico, lapor NDTV.

Gua gergasi di bawah laut itu dilaporkan mempunyai kedalaman kira-kira 900 kaki dan keluasan mencecah 147,000 kaki persegi.

Menurut LiveScience, lubang biru yang terletak di Teluk Chetumal pada asalnya telah ditemui pada tahun 2021 yang lalu, namun ia hanya didokumenkan baru-baru ini di dalam jurnal saintifik Frontiers In Marine Science.

Berdasarkan laporan Discovery.com, lubang biru itu adalah rumah kepada gua batu kapur purba yang terukir di dasar lautan.

Disebabkan pengumpulan bakteria mati daripada pokok dan daun yang berguguran, lubang biru yang kurang dikenali itu tidak mendapat cahaya dan kelihatan berwarna hitam.

Dari sudut pandangan di permukaan, ia mungkin kelihatan tidak lebih daripada paya, tetapi apa yang ada di bawahnya adalah luar biasa.

“Sebahagian besarnya kurang difahami,” kata Christopher G. Smith, ahli geologi pantai di U.S Geological Survey (USGS) yang telah mengkaji lubang benam dasar laut.

Namun dalam penemuan terbaru tersebut, Christopher tidak dapat turut serta dalam penyelidikan berkenaan.

Lubang itu dikatakan mempunyai oksigen dan cahaya yang sedikit

Digelar Taam ja’ yang bermaksud “air dalam” dalam bahasa Maya, lubang biru ini mempunyai oksigen dan cahaya matahari yang hanya bersinar di permukaan sahaja.

Walaupun begitu, lompang gergasi ini dipenuhi dengan kehidupan yang telah menyesuaikan diri dengan persekitaran yang rendah oksigen.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Ia adalah lubang biru kedua terdalam yang diketahui di dunia, selepas Lubang Naga di Laut China Selatan yang dipercayai mempunyai kedalaman kira-kira 980 kaki.

Dinding kawah itu juga melindungi air daripada kejadian pasang surut di lautan.

Lubang biru ini mungkin menawarkan gambaran tentang kehidupan pada ribuan tahun yang lalu, lapor LiveScience. Ia juga mungkin mempunyai maklumat terperinci berkenaan kehidupan di planet yang lain.

Sumber: NDTV

The post Tak Tahu Macam Mana Boleh Terbentuk, Penyelidik Temui Lubang Misteri Kedua Terdalam Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*