Menu Rahmah: Ahli Parlimen Kapar Mohon Maaf

ahli parlimen kapar mohon maaf

Menu Rahmah: Ahli Parlimen Kapar Mohon Maaf

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali hari ini mohon maaf berikutan kenyataan beliau berhubung Menu Rahmah di Dewan Rakyat sebelum ini mengelirukan dan disalah erti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional mencuri tumpuan apabila menyampaikan pernyataan maaf dalam bentuk gurindam sebelum sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 bermula.

“Kalau ada jarum peniti, jangan disimpan di dalam peti, andai ada ucapan disalah erti, saya menyusun 10 jari, niat di hati suara rakyat saya juarai, semak imbang kerajaan MADANI, biar integriti, bukankah itu peranan hakiki.

“Selaku wakil rakyat, suara rakyat yang diwakili, sudi kiranya rujuk penyata rasmi muka surat 134 hingga 137 pada 14 Februari,” katanya.

BACA: Menu Rahmah: Speaker Buat Keputusan Esok Mengenai Kenyataan Ahli Parlimen Kapar

Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) sebelum ini membangkitkan isu berkenaan mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (12), susulan kenyataan yang dibuat Halimah pada 14 Feb lepas ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang mengaitkan Menu Rahmah dengan beberapa penyakit terutamanya kanser, autoimmune (diseases) dan autisme.

Dr Kelvin berkata kenyataan tersebut tidak benar, tidak bertanggungjawab kerana bukan sahaja tidak berdasarkan fakta dan sains, tetapi mungkin mengakibatkan salah faham atau stigma kepada komuniti autisme dan golongan orang kurang upaya.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata pernyataan yang dibacakan Dr Halimah berkenaan telah dipersetujui antara beliau dengan Dr Halimah dan menganggap kes berkenaan selesai.

Sumber: BERNAMA

BACA: Mat Saleh Puji Menu Rahmah, Cadang PM UK Contohi Malaysia

The post Menu Rahmah: Ahli Parlimen Kapar Mohon Maaf appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*