Menyamar Sebagai Musafir, Lelaki Curi Duit Tabung Masjid Ditahan

curi duit tabung masjid

Menyamar Sebagai Musafir, Lelaki Curi Duit Tabung Masjid Ditahan

LIPIS — Tindakan seorang lelaki yang menyamar sebagai musafir bagi mencuri tabung masjid sejak awal bulan Januari memakan diri apabila berjaya diberkas oleh pihak polis pada hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor, dalam serbuan kira-kira jam 1.25 pagi di hadapan sebuah rumah di Taman Fah Choon, suspek yang berumur 45 tahun berjaya ditahan.

Tambahnya, pihaknya menerima aduan berhubung kes kecurian tabung Masjid Saidina Abu Bakar dekat Kampung Kuala Lanar semalam. Difahamkan, kecurian itu membabitkan kerugian kira-kira RM150.

“Dalam serbuan tersebut, turut dirampas antaranya sebuah kereta Proton Waja warna perak, serangkai anak kunci berserta alat kawalan jauh, sehelai baju sejuk lengan panjang, sebuah topi warna hitam, satu pemotong, dua batang sepana dan sebuah beg galas.

“Hasil siasatan lanjut yang dijalankan, suspek mendedahkan penglibatan sebanyak tiga kes curi tabung masjid di daerah Lipis, dua di Raub manakala kereta Waja yang digunakan dicuri di kawasan Tapah pada 23 Disember lalu,” maklumnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Azli berkata, dengan penangkapan lelaki terbabit ia berjaya menyelesaikan kes-kes berkenaan.

BACA: Safee Sali & Harimau Malaya Ada Dalam eFootball, Sempena Piala Asia

Modus operandi yang digunakan oleh suspek adalah menjadikan masjid-masjid di tepi jalan utama sebagai sasaran dengan berpura-pura sebagai musafir yang sedang berehat.

“Suspek melakukan jenayahnya pada waktu awal pagi sekitar jam 3 pagi hingga 11 pagi,” katanya lagi .

Hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai 20 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine dan telah ditahan reman sehingga Jumaat bagi membantu siasatan lanjut.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) atas kesalahan mencuri dalam bangunan.

Sumber: Sinar Harian

The post Menyamar Sebagai Musafir, Lelaki Curi Duit Tabung Masjid Ditahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*