Macam ‘Terbelah’, Viral Bentuk Awan Aneh Di Bintulu Pagi Ini

awan aneh bintulu

Macam ‘Terbelah’, Viral Bentuk Awan Aneh & Gelap Di Bintulu Pagi Ini

Beberapa keping gambar yang menunjukkan pembentukan awan aneh di Bintulu, Sarawak menjadi viral di Facebook hari ini.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Bintulu News Page, kejadian berkenaan dipercayai berlaku pada pagi tadi.

Dalam perkongsian tersebut, keadaan awan dilangit Bintulu ketika itu kelihatan gelap dengan satu garisan putih seolah-olah sedang terbelah.

Malah, fenomena berkenaan dipercayai boleh dilihat daripada pelbagai kawasan, berdasarkan jangkaan lokasi setiap gambar diambil itu berbeza-beza.

Setakat ini, hantaran berkenaan sudahpun dikongsikan oleh warga maya lebih daripada 600 kali dan mendapat lebih 2,500 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen berkongsi fenomena serupa yang disaksikan oleh mereka daripada kawasan masing-masing. Antara yang dikongsikan termasuklah rakaman video fenomena awan aneh tersebut.

awan aneh bintulu
Gambar: Bintulu News Page

Turut kelihatan di lokasi lain selain Bintulu

Selain di Bintulu, beberapa warga maya berkongsi bahawa fenomena awan yang sama juga dapat dilihat di daerah lain seperti di Miri.

Walaupun ada yang melahirkan rasa khuatir melihat formasi awan tersebut, namun ada juga yang merasa kagum melihat kejadian alam itu yang disifatkan sangat cantik.

Bagaimanapun, beberapa individu meninggalkan komen yang memaklumkan keadaan di kawasan itu sudahpun kembali tenang, kira-kira sejam yang lepas.

Menurut mereka, situasi itu memberi kelegaan terutamanya bagi mereka yang bergantung kepada laut untuk mencari pendapatan, seperti nelayan.

Hasil semakan di laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia, agensi cuaca itu ada mengeluarkan amaran cuaca di daerah berkenaan pada jam 5.45 pagi tadi.

”Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Johor (Pontian dan Johor Bahru), Sarawak: Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Kapit), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri) sehingga 9:00 pagi; Khamis, 6 April 2023,” kata MetMalaysia.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

BACA: Chelsea Bincang Lantik Semula Lampard, Jadi Jurulatih Sementara

Sumber: Bintulu News Page

The post Macam ‘Terbelah’, Viral Bentuk Awan Aneh Di Bintulu Pagi Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*