Menyesal Cerai, Lelaki Kena Gendong Bekas Isteri 100km Syarat Nak Rujuk Balik

lelaki dukung isteri 100 km

Menyesal Cerai, Lelaki Kena Gendong Bekas Isteri 100km Syarat Nak Rujuk Balik

Kembali ke dalam perhubungan, yang dahulunya tidak dapat dipertahankan merupakan perkara agak sukar diterima bulat-bulat.

Berkemungkinan, kita sendiri merasa skeptikal atas kesilapan yang pernah dilakukan oleh pasangan mahupun diri sendiri.

Pada masa yang sama, kita juga manusia yang tidak dapat lari daripada terkenang masa silam. Ada kalanya, kita menyesali kesilapan yang dilakukan dan berharap hubungan yang sudah musnah dapat dipulihkan semula.

Namun, untuk menerima begitu sahaja selepas dilukakan bukanlah satu perkara yang mudah. Bimbang, kesilapan lama berulang dan luka lama berdarah kembali.

Oleh sebab itu, kebanyakan orang akan meletakkan syarat kepada bekas pasangan, jika mahu kembali semula. Syarat yang diberikan bukan mahu menyusahkan, sebaliknya mahu menguji adakah bekas pasangan benar-benar berubah dan bersedia membina semula hubungan.

Begitulah video tular menerusi media sosial berkenaan kisah bekas suami isteri yang dikongsikan oleh portal berita Vietnam, eva.vn baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang menggendong seorang wanita yang lengkap berpakaian pengantin perempuan.

Berdasarkan laporan Wolipop, kedua-dua mereka sebenarnya bekas pasangan suami isteri yang pernah berkahwin sebelum ini. Namun begitu, rumah tangga mereka dikatakan kerap dilanda konflik dan sampai kemuncak apabila kedua-dua mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Sehinggalah tiga tahun kemudian, si suami menyesali semua terjadi dan mengakui apa yang berlaku adalah kerana kesilapannya. Difahamkan, bekas isterinya tetap memberi layanan yang baik kepadanya dan selalu bersabar walaupun mereka sudah berpisah.

Ekoran itu, dia kemudian berjumpa dengan bekas isterinya dan menyatakan hajat untuk kembali ke pangkuannya semula.

Isteri minta lelaki tersebut, dukung sampai ke rumah ibunya pada jarak kira-kira 100 KM

Setelah mendengar permintaan bekas suaminya, wanita tersebut bersetuju untuk berkahwin semula. Namun Wolipop melaporkan bahawa wanita itu mengenakan satu syarat pada hari pernikahan mereka kali kedua.

Syaratnya adalah, lelaki berkenaan perlu menggendong bekas isteri pulang ke rumah ibunya, yang terletak kira-kira 100 kilometer dari lokasi mereka berada.

Kata wanita itu, permintaan tersebut bukan kerana mahu membebankan bekas suaminya tetapi mahu mengingatkan dia agar sentiasa menghargai perkahwinan yang dibina dengan susah payah.

Dalam video tersebut, lelaki tersebut kelihatan sangat penat. Malah dia perlu mengikat satu kain merah pada punggungnya sebagai pelapik agar bekas isterinya tidak terjatuh.

Menurut Wolipop, lelaki berkenaan kerap berhenti dalam perjalanan memenuhi syarat ditetapkan bekas isterinya, dipercayai kerana kepenatan.

Walau bagaimaapun, ketika jarak perjalanan mereka sudah mencapai  10 kilometer, bekas suaminya kelihatan terlalu penat. Melihat lelaki itu terlalu kelelahan, wanita tersebut kemudian meminta dia berhenti dan menyatakan kesudian untuk memaafkannya.

Wanita itu dilaporkan berkata bahawa permintaan itu juga kerana ingin menguji ketahanan dan kesabaran bekas suaminya. Dia mahu melihat sama ada hatinya benar-benar ikhlas dan mengajar lelaki itu agar tidak senang-senang melepaskan perkara paling berharga dalam hidupnya.

Mereka berdua kemudian disatukan kembali sebagai suami isteri sebaik tiba di rumah keluarga wanita tersebut. Majlis perkahwinan mereka dikatakan berjalan dalam keadaan lancar.

BACA: Lelaki Mengaku Bersalah 32 Pertuduhan Termasuk Rogol Anak Tiri Sejak Tiga Tahun Lalu

Sumber: Wolipop

The post Menyesal Cerai, Lelaki Kena Gendong Bekas Isteri 100km Syarat Nak Rujuk Balik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*