Meriah, Peminat Ucap Selamat Tinggal Pada Gundam Gergasi Di Yokohama

selamat tinggal gundam

Meriah, Peminat Ucap Selamat Tinggal Pada Gundam Gergasi Di Yokohama

YOKOHAMA  — Peminat siri anime fiksyen Gundam mengucapkan selamat tinggal kepada robot Gundam Mobile Suit Gundam Seed yang ‘bersaiz hidup’ pada hari terakhir pameran di jeti Yamashita, Yokohama, Jepun diadakan.

Memetik Kyodo News, persembahan itu dijalankan adalah bersempena memperingati ulang tahun ke-40 tayangan pertama siri televisyen itu, yang bermula pada 1979.

Gambar: Kyodo News

Ketua pengarah siri anime Mobile Suit Gundam, Yoshiyuki Tomino mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang hadir dalam persembahan penutup yang diadakan pada malam 31 March 2024.

Menurut penganjur acara, dianggarkan lebih 1.75 juta pengunjung yang datang ke Jeti Yamashita sewaktu pameran itu.

selamat tinggal gundam
Gambar: Kyodo News

Sementara itu, sepasang suami isteri berusia lingkungan 40-an meluahkan rasa sedih kerana mereka tidak lagi dapat melihat model yang dibina berdasarkan model RX-78-2 Gundam itu.

Tambah pasangan dari Tokyo itu, mereka berharap robot gergasi itu akan terus disimpan di satu tempat khas meskipun tidak dipamerkan seperti dalam pameran itu.

Menerusi tinjauan di platform X, warganet turut berkongsi detik-detik penutupan pameran tersebut dalam satu ciapan.

Anime Gundam

Anime ini menceritakan robot gergasi yang berperang di angkasa dan Bumi.  Ia mendapat sambutan ramai hingga diadaptasikan dalam permainan video serta replika watak itu.

selamat tinggal gundam
Gambar: Kyodo News

Untuk makluman, robot gergasi setinggi 18 meter ini telah menarik minat peminat dari seluruh dunia kerana replika ini sering melakukan pelbagai gaya (pose) di Kilang Gundam Yokohama bermula sejak Disember 2020.

BACA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Pameran model robot yang terdiri daripada 36 bahagian itu sebelum ini telah dilanjutkan sebanyak dua kali daripada tarikh tutup asal, awal Mac 2022 atas permintaan peminat.

Sebelum ini, portal berita tempatan, Soranews24 melaporkan tarikan berkenaan akan ditutup tidak lama lagi dan tiket-tiket akhir untuk melawat robot berkenaan sudah pun dijual.

Tambah portal itu,  kemudahan seperti kafe dan kedai jualan cenderahati yang dibina bersama di kawasan berkenaan juga berkemungkinan turut ditutup.

Sumber: Kyodo News, X @M_photo_R

BACA JUGA: 8.4 Juta Rakyat Bakal Terima STR Fasa 2 Mulai Rabu Ini

The post Meriah, Peminat Ucap Selamat Tinggal Pada Gundam Gergasi Di Yokohama appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*