Ramai Tak Tahu, Ini Cara Ketam Salin Kulit

ketam salin kulit

Ramai Tak Tahu, Ini Cara Ketam Salin Kulit

Kebiasaannya, haiwan yang salin kulit seperti ular menggantikan kulitnya disebabkan kulitnya tidak sesuai dengan saiz badannya selain menyingkirkan parasit yang yang melekat pada badan.

Selain daripada ular, ketam juga antara haiwan yang sering menukar kulitnya, seperti yang ditunjukkan dalam video tular baru-baru ini, di mana ketam sedang menyalin kulit lama kepada kulit baharu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna akaun @savageguy2023 di TikTok, dia memaparkan seekor ketam sedang menolak keluar cangkerang yang lama untuk proses pertukaran kulit.

Pada awalnya, dia mengesyaki ketam tersebut sedang memakan spesiesnya sendiri, walau bagaimanapun setelah dilihat dengan teliti, ketam itu melakukan proses salin cangkerang.

Kredit: @savageguy2023/TikTok

“Ingatkan dia makan kaum sejenis dia, rupanya…” katanya.

Dalam video tersebut, ketam itu sedang keluar daripada cangkerangnya yang lama secara perlahan-lahan menggunakan penyepitnya.

Apabila ketam itu sedang menolak cangkerang, situasi tersebut menampakkan hidupan krustasea akuatik berkenaan sedang memakan spesiesnya yang menimbulkan kekeliruan kepada manusia yang melihatnya.

Dengan menggunakan bantuan kaki dan juga penyepit, ketam itu akhirnya berjaya lolos daripada cangkerang yang lama walaupun ia mengambil masa.

Sebab ketam salin cangkerang

Kita mesti tertanya-tanya, kenapa ketam itu menukar cangkerang yang lama kepada baharu? Untuk pengetahuan, ketam tidak boleh tumbuh secara linear atau tumbuh secara memanjang seperti kebanyakan haiwan.

Ini kerana ia mempunyai cangkerang luar yang keras, iaitu exoskeleton atau rangka luar yang tidak boleh tumbuh. Perkara itu membuatkan ketam perlu melepaskan cangkerang lama, supaya dapat ‘tumbuh’ lagi besar.

Selain daripada tumbesaran, ia juga membantu menyingkirkan parasit dan haiwan lain yang tumbuh pada cangkerang. 

Dalam pada itu, ia juga membantu menyingkirkan cangkerang yang rosak disebabkan oleh bakteria.

BACA: Lelaki Ajar Cara Bersihkan Ketam Yang Betul, Elak Terkena Keracunan Makanan

Cara ketam salin kulit

1) Sebelum proses salin kulit berlaku

Seperti ular, ketam juga melalui proses salin kulit atau molting.

Sebelum proses tersebut berlaku, ketam akan menyerap kalsium karbonat daripada cangkerang lama, kemudian merembeskan enzim untuk memisahkan kulit lama daripada kulit di bahagian bawah atau epidermis.

Kredit: Oregon Department of Fish and Wildlife

Kemudian, epidermis akan merembeskan kulit baru yang lembut, di mana teksturnya sama seperti kulit di bahagian bawah.

Ketam secara beransur-ansur akan menarik semua bahagian badannya keluar dari cangkerang lama sebanyak beberapa milimeter secara perlahan-lahan.

Proses untuk merembeskan cangkerang baru di bawah cangkerang lama memerlukan beberapa minggu, sebelum ia betul-betul keluar daripada kulitnya yang lama.

2) Semasa salin kulit berlaku

Sehari sebelum salin kulit, tubuh ketam akan menyerap air laut dan mula membengkak seperti belon. Ia membantu mengembangkan cangkerang lama dan menyebabkan ia terbelah.

Karapas kemudiannya terbuka seperti penutup. Ketam mengeluarkan dirinya daripada cangkerang lama dengan menolak dan memapatkan semua kaki dan penyepitnya secara berulang.

Proses diambil hanya 15 minit

Kredit: Noaa Fisheries

Ketam akan mula mengundur, kemudian menarik kaki belakangnya, kemudian kaki depannya dan akhirnya keluar sepenuhnya dari cangkerang lama dalam masa kira-kira 15 minit.

Apabila ketam melakukan salin kulit, ia meninggalkan semua kaki, mata, mulut dan insangnya.

Apa yang melekat pada cangkerang lama hanyalah esofagus, lapisan perut dan juga beberapa inci ususnya. Pun begitu, ketam yang kehilangan kaki boleh memiliki kaki baharu kerana ia boleh tumbuh dengan sendirinya.

Cangkerang baru pada mulanya akan menjadi sangat lembut, namun dalam beberapa hari cangkerang akan mengeras dan menjadi lebih keras selepas sebulan.

@savageguy2023

Demi sebuah kehidupan #terushidup #fyp #longervideos #ketam

♬ Terus Hidup – aina abdul & Aina Abdul

Sumber: @savageguy2023/TikTok, Noaa Fisheries

The post Ramai Tak Tahu, Ini Cara Ketam Salin Kulit appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*