Kenali Coelacanth, Ikan Purba Yang Disangka Pupus Sejak Jutaan Tahun Lalu

coelacanth ikan purba

Kenali Coelacanth, Ikan Purba Yang Disangka Pupus Sejak Jutaan Tahun Lalu

Lautan merupakan rumah bagi pelbagai spesies ikan sejak sekian lama. Sehingga kini, laut yang terbentang luas itu masih menyimpan pelbagai rahsia yang belum diketahui.

Pelbagai penemuan menakjubkan telah ditemukan oleh para saintis bermula terutama laut dalam yang dihuni pelbagai hidupan misteri.

Salah satunya adalah makhluk purba ini, Ikan Coelacanth yang dianggap telah pupus sekitar 65 juta tahun lalu namun kembali ditemui semula hampir seabad yang lalu.

Fakta Ikan Coelacanth 

Gambar: Bruce Henderson

Ikan Coelacanth atau nama saintifiknya, Latimeria chalumnae merupakan salah satu hidupan purba yang dipercayai pernah hidup sejak jutaan tahun lalu.

Ia juga boleh ditemui di luar pantai timur Afrika (dikenali sebagai ‘gombessa’ di Kepulauan Comoros). Sumber makanan Coelacanth terdiri daripada pelbagai jenis ikan termasuk sotong.

Ikan bertulang belakang (vertebrata) itu rata-rata menghabiskan waktu mereka bersembunyi di dalam gua dan aktif pada waktu malam untuk memburu.

BACA JUGA: Oyen Tunjuk Siapa ‘Taiko’ Taman, Kejar Anjing Sampai Bertempiaran Lari

Mereka mampu membesar sehingga 2 meter (6.5 kaki) dan berat mencecah 90 kilogram (198 paun). Difahamkan, ikan primatif ini mempunyai jangka hayat yang lama.

Kajian awal terhadap Coelacanth mendedahkan ikan itu mempunyai jangka hayat maksimum 20 tahun. Namun, pada tahun 2021,  penyelidik membuat penemuan terbaharu dan memberitahu bahawa ia boleh hidup sehingga 100 tahun.

Dalam kajian tersebut mendapati ikan itu lambat mencapai kematangan seksual, iaitu sekitar usia 40 tahun. Manakala ikan betina pula bermula 58 tahun.

Ikan ini juga diketahui mempunyai tempoh kehamilan (kandungan telur) paling lama dari mana-mana vertebrata iaitu selama lima tahun.

Menurut laporan National Geographic, ikan ini tinggal pada kedalaman 700 meter (2,300 kaki) di bawah laut.

Pernah Dianggap Pupus

Gambar: Lucky Pransiska/Kompas

Menurut Live Science, para saintis menyangka semua coelacanth telah pupus lebih 65 juta tahun yang lalu. Bagaimanapun, ikan Raja Laut itu kembali ditemui di luar pantai Afrika Selatan pada tahun 1938.

Pada 1997, ikan itu kembali ditemui di Lautan Hindi Barat selepas hampir 60 tahun. Ikan yang ditemui di Sulawesi, Indonesia itu juga merupakan salah satu spesies Coelacanth dan diberikan nama saintifik L. menadoensis (dipanggil “Raja Laut” oleh penduduk tempatan).

Gambar: Lucky Pransiska/Kompas

Ikan itu dipercayai telah wujud sejak lebih 300 juta tahun dan dikatakan pupus sekitar 65 hingga 70 juta tahun lalu dari bumi berdasarkan fosilnya, maklum National Geographic.

Kemunculan semula haiwan purba itu nyata mengejutkan ramai pihak.

Setakat yang diketahui, terdapat dua spesies ikan Coelacanth yang pernah ditemui iaitu, Latimeria chalumnae dan Latimeria menadoensis.

Sumber: Live Science, National Geographic

The post Kenali Coelacanth, Ikan Purba Yang Disangka Pupus Sejak Jutaan Tahun Lalu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*