Meta Lantik Anak Kelahiran Malaysia Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Baharu

meta lantik anak kelahiran malaysia

Meta Lantik Anak Kelahiran Malaysia Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Baharu

CALIFORNIA —  Syarikat Meta mengumumkan penambahan ahli lembaga pengarah baharu mereka termasuk anak kelahiran Malaysia iaitu Hock E. Tan yang berkuat kuasa pada hari ini.

Menerusi satu kenyataan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg berkata selain Hock Tan, John Arnold juga salah seorang ahli lembaga baharu syarikatnya.

“Saya teruja untuk berkongsi bahawa Hock Tan dan John Arnold menyertai lembaga pengarah Meta.

“Kehadiran dua insan ini akan dapat membantu kami melaksanakan visi jangka panjang termasuk memberi tumpuan kepada pembinaan AGI.

“Kepakaran mereka yang mendalam dalam bidang silikon dan tenaga infrastruktur sudah tentu dapat membantu syarikat,” kata Mark.

Sementara itu, anak kelahiran Malaysia itu turut meluahkan rasa teruja dengan peluang ini dan bakal memberikan sumbangan penuh terhadap Meta.

BACA: Tular, Lagu Kugiran Masdo ‘Pujaanku’ Dinyanyikan Kumpulan K-Pop

“Saya gembira menyertai Meta dan menyumbang dalam mencapai visi syarikat.

“Meta sememangnya mempunyai peranan yang luar biasa dalam dunia komputeran untuk generasi akan datang. Ini kerana ia mengembangkan platform dan menawarkan aplikasi untuk masa hadapan.

“Saya berharap dapat bekerjasama dengan Mark dan ahli lembaga pengarah yang lain dalam meluaskan lagi berkaitan teknologi Meta dan perkembangan perniagaan,” katanya.

Sementara itu, salah seorang lagi ahli lembaga baharu Meta, John Arnold juga menyatakan hasrat yang sama.

“Saya tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada lembaga Meta, dan akan menyumbangkan pandangan saya sewaktu bekerjasama dalam kumpulan kami serta tanggungjawab kepada pengguna Meta dan komuniti yang lebih luas,” katanya.

Latar Belakang Hock Tan

Sedikit maklumat berkaitan lelaki tersebut, pada tahun 1983 hingga 1988, Hock Tan berkhidmat sebagai pengarah urusan Hume Industries di Malaysia.

Kemudian, dia berkhidmat sebagai pengarah urusan Pacven Investment, yang merupakan sebuah dana modal teroka di Singapura pada tahun 1988 hingga 1992.

Beliau juga kemudiannya menjawat jawatan naib presiden kewangan dengan Commodore Antarabangsa dari 1992 hingga 1994 dan merupakan pemangku Pengurusan Kanan PepsiCo serta General Motor.

Pada Jun 1999 hingga September 2005,  beliau merupakan presiden dan ketua pegawai eksekutif sistem litar bersepadu.

Manakala, sejak Mac 2006 Hock Tan berkhidmat sebagai presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Broadcom serta ahli lembaga pengarah di syarikat berkenaan.

Beliau juga berkhidmat sebagai pengerusi lembaga Teknologi Peranti Bersepadu dari September 2005 hingga Januari 2008.

Sumber: Meta

The post Meta Lantik Anak Kelahiran Malaysia Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Baharu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*