Polis Tahan Guru Dipercayai Lakukan Amang Seksual Terhadap Murid

guru amang seksual murid

Polis Tahan Guru Dipercayai Lakukan Amang Seksual Terhadap Murid

IPOH — Polis telah menahan seorang guru lelaki didakwa mencabul seorang pelajar tingkatan 2 serta bapa pelajar tersebut kerana melakukan pemerasan terhadap penjawat awam itu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asistan Komisioner Yahaya Hassan berkata pada Isnin lalu, pihaknya telah menerima satu laporan daripada seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun berkaitan gangguan seksual yang dilakukan oleh seorang guru.

Maklum Yahaya, mangsa yang merupakan pelajar sekolah menengah menyatakan bahawa dirinya telah dicabul oleh seorang guru lelaki dari sekolah yang sama.

“Siasatan awal mendapati bahawa mangsa telah dicabul oleh suspek sebanyak lima kali dari bulan Disember 2023 hingga bulan Januari 2024.

“Susulan itu, satu tangkapan telah diuat ke atas suspek yang berumur 59 tahun dan bertugas sebagai guru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes telah disiasat di bawah seksyen  14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksyual terhadap kanak-kanak 2017.

BACA: Wanita Cedera Parah Di Tangan, Diserang Dua Penyamun Bersenjata

Dalam pada itu, Yahaya menambah pihaknya juga menerima satu lagi laporan pada Selasa mengenai pemerasan yang dilakukan oleh bapa kepada mangsa terhadap suspek bagi menyelesaikan kes cabul itu.

“Satu tangkapan telah dibuat ke atas suspek yang berumur 50 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Siasatan awal pihak polis mendapati bapa mangsa (suspek) mengesyaki guru tersebut telah melakukan gangguan seksual ke atas anaknya dan telah berjumpa dengan guru tersebut untuk menyelesaikan kes ini dengan meminta sejumlah wang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.” maklumnya lagi.

Tambahnya, kertas siasatan telah dirujuk kepada timbalan pendakwa raya bagi cadangan pertuduhan.

Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes ini sehingga boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

Terdahulu, seorang guru didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap murid perempuan Tahun Empat, Jun dan Julai lalu lapor Sinar Harian.

Difahamkan, tertuduh dipercayai telah melakukan perbuatan terkutuk itu dengan menyentuh kemaluan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun enam bulan.

Sumber: Polis Daerah Ipoh

The post Polis Tahan Guru Dipercayai Lakukan Amang Seksual Terhadap Murid appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*