Subsidi Tiket Penerbangan RM600 Diberikan Secara “One-Off” Kepada Pelajar IPT Sabah

Subsidi Tiket Penerbangan sabah

Subsidi Tiket Penerbangan RM600 Diberikan Secara One-Off Kepada Pelajar IPT Sabah

GEORGE TOWN — Kerajaan negeri Sabah mengumumkan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari negeri itu akan menerima subsidi tiket penerbangan sebanyak RM600 secara one-off.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dalam satu kenyataan berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk subsidi tiket berkenaan kepada anak kelahiran negeri  itu yang melanjutkan pelajaran di IPT awam di Semenanjung, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan lawatan ke Pulau Pinang bagi Majlis Berbuka Puasa bersama mahasiswa dan mahasiswi IPT di Semenanjung itu pada Isnin.

Ujarnya lagi, bantuan khas one-off sebanyak RM600 seorang kepada pelajar Sabah itu adalah dana daripada peruntukan khas Ketua Menteri.

“Bantuan khas tiket penerbangan one-off itu akan diberi secara terus kepada pelajar berkenaan. Bagaimanapun, maklumat terperinci dan mekanisme pembayaran akan dibincangkan lebih lanjut oleh pihak-pihak berkenaan.

“Bantuan khas ini boleh digunakan pada bila-bila masa untuk pulang ke Sabah.” katanya.

Sumber: FB Beliawanis Gagasan Rakyat Sabah 

The post Subsidi Tiket Penerbangan RM600 Diberikan Secara “One-Off” Kepada Pelajar IPT Sabah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*