Mirip Watak Lord Of The Rings, Spesies Kupu-kupu Baharu Diberi Nama ‘Sauron’

kupu-kupu lord of the rings

Mirip Watak Lord Of The Rings, Spesies Kupu-kupu Baharu Diberi Nama ‘Sauron’

Para saintis telah menamakan spesis kupu-kupu baharu dengan nama Sauron, sempena watak penjahat dari novel Lord of The Rings, lapor BBC.

Difahamkan, pakar memilih untuk menamakan Sauron kerana corak pada sayap oren serangga itu mengingatkan mereka kepada ‘the all-seeing eye’ dalam buku yang ditulis oleh J.R.R Tolkein berkenaan.

Gambar: BBC

Walaupun hanya dua jenis kumpulan baru ini telah dikenal pasti setakat ini, penyelidik berpendapat bahawa kemungkinan banyak lagi yang masih wujud tetapi belum ditemui.

Muzium Natural History turut berharap nama yang luar biasa itu menarik perhatian orang ramai terhadap spesies itu supaya banyak penyelidikan dijalankan berkaitan kupu-kupu tersebut.

“Memberi kupu-kupu ini nama yang luar biasa membantu menarik perhatian kepada kumpulan yang kurang dihargai.

“Ia menunjukkan bahawa walaupun di kalangan sekumpulan spesies yang sangat serupa.

“Anda boleh menemui kecantikan di antara mereka,” kata Dr. Blanca Huertas, kurator kanan kupu-kupu di muzium itu, memetik Cbc News.

Walaupun saurona triangula dan saurona aurigera adalah kumpulan kupu-kupu pertama dinamakan sempena Sauron, namun ia bukanlah haiwan pertama yang diberi tag nama.

Menurut muzium itu, beberapa spesies haiwan lain juga pernah diberi nama Sauron iaitu kumbang tahi, katak dan dinosaur.

Novel Lord of the Rings juga telah mengilhamkan nama spesies berdasarkan watak Gandalf dan Gollum.

Seperti yang dijelaskan oleh muzium, pakar sering menggunakan nama yang diilhamkan oleh budaya pop untuk membantu menarik perhatian orang ramai.

BACA: Unik, Rupa Dan Bau Macam Najis Burung, Kupu-kupu Ini Boleh Didapati Di Hutan Malaysia

Penemuan pakar

Lebih daripada 400 spesies kupu-kupu yang berbeza telah dilakukan penyelidikan ke atasnya dengan bantuan koleksi besar Muzium Natural History yang mengandungi lebih daripada 5.5 juta spesimen.

Penyelidik dapat menggunakan kemajuan dalam sains DNA untuk mengenal pasti spesies yang kelihatan serupa, bukan sahaja dengan penampilan tetapi juga oleh genetik. 

Pakar turut menganggarkan penemuan sehingga 20 peratus lebih banyak spesies kupu-kupu berbanding sebelum projek mereka dimulakan.

Mereka berharap untuk mendedahkan lebih banyak lagi pada masa hadapan di mana mengenal pasti jenis kupu-kupu tertentu yang membolehkan pemuliharaan menjadi lebih baik.

“Sesetengah spesies ini diancam kepupusan, jadi banyak yang perlu dilakukan, sekarang kita boleh meletakkan nama kepada mereka.

“Terdapat juga banyak kumpulan kupu-kupu dan serangga lain yang memerlukan perhatian supaya mereka dapat difahami dan dilindungi,” ujarnya.

Sumber: BBC, Cbc News

BACA: Seperti Orc Dalam ‘Lord Of The Ring’, Makhluk Aneh Ditemui Terdampar Di Tepi Pantai

The post Mirip Watak Lord Of The Rings, Spesies Kupu-kupu Baharu Diberi Nama ‘Sauron’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*