MR D.I.Y. Perkenalkan Barangan Kegunaan Rumah, Permainan, Aksesori Dan Banyak Lagi Dari Disney!

KUALA LUMPUR, 03 Mei 2023 — Peruncit perkakas rumah kegemaran Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad, hari ini mengumumkan koleksi terbaru bertemakan Disney yang dinamakan “Always Magical”. Dengan lebih daripada 500 produk yang menampilkan watak-watak Disney kegemaran ramai seperti Mickey Mouse dan rakan-rakan, watak-watak Puteri Disney, dan banyak lagi. Rangkaian produk ini kini boleh didapati di cawangan-cawangan MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR di seluruh negara.

Rangkaian produk bertemakan Disney oleh MR. D.I.Y. menawarkan sesuatu untuk semua– set kutleri dan perkakas dapur, bekas makanan, botol air dan gelas, mainan, serta barangan kegunaan rumah seperti jam dinding. Terdapat juga rangkaian aksesori fesyen bertemakan Disney seperti anting-anting, rantai leher, gelang, dan kacamata hitam untuk setiap acara.

Ketua Pemasaran MR D.I.Y., Alex Goh berkata, “Disney adalah jenama yang tidak memerlukan pengenalan. Kita semua adalah generasi yang membesar dengan menonton filem-filem Disney, dan kita semua mempunyai watak Disney kegemaran masing-masing. Di MR D.I.Y., kami ingin meraikannya dengan menjadikan barangan bertemakan Disney yang berkualiti tinggi boleh didapati oleh para peminat Disney dari semua peringkat umur dengan harga yang berpatutan.”

Goh menambah bahawa jam dinding, tumbler dan bekas makanan bertemakan Mickey Mouse adalah kegemaran para pelanggan. “Apa yang penting adalah kami dapat menambah nilai dan memberi pengalaman membeli-belah yang lebih baik kepada para pelanggan. Dengan adanya kerjasama dengan Disney, kami dapat menjadikan kunjungan mereka ke MR D.I.Y. ‘Always Magical.’”

Untuk meraikan pelancaran koleksi terbaru ini, MR D.I.Y. juga mengadakan promosi bagi produk-produk Disney terpilih, menawarkan diskaun sehingga 30 peratus dan pertandingan ‘Belanja dan Menang’ dari 1 hingga 31 Mei 2023. Untuk tempoh terhad, para pelanggan yang melawat MR. D.I.Y. PLUS di Mid Valley Megamall boleh mengambil gambar dengan latar belakang bertemakan Disney dan menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan dari 3 hingga 7 Mei 2023 dan berpeluang memenangi hadiah dari MR D.I.Y.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., sila layari laman webnya, mrdiy.com, dan media sosial – Facebook, dan Instagram.

Para selebriti dan pempengaruh semasa pelancaran koleksi Disney ‘Always Magical’ di MR. D.I.Y. PLUS, Mid Valley Megamall.

Kumpulan MR D.I.Y. membawakan pelbagai produk bertemakan Disney ke tiga jenamanya – MR. D.I.Y., MR. DOLLAR, dan MR. TOY.

The post MR D.I.Y. Perkenalkan Barangan Kegunaan Rumah, Permainan, Aksesori Dan Banyak Lagi Dari Disney! appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*