Modal Tak Sampai RM3 Juta, Ini Cara Buka Stesen Minyak Guna Operasi DODO

stesen minyak dodo

Modal Tak Sampai RM3 Juta, Ini Cara Buka Stesen Minyak Guna Operasi DODO

Zaman sekarang, semua perniagaan boleh dibuka sekiranya mempunyai kewangan yang cukup dan yang paling penting bukan mereka yang berpangkat Datuk sahaja boleh mencuba, orang awam biasa pun ada peluang.

Kebiasaannya kalau kita tengok stesen minyak, mesti terfikir ia dikendalikan oleh syarikat itu sendiri tapi sebenarnya, ia adalah kepunyaan orang awam yang bekerjasama dengan syarikat tersebut.

Tetapi bagaimana caranya untuk membuka dan membina stesen minyak? Berapakah modal yang diperlukan untuk membukanya?

Menerusi satu video yang dikongsi oleh @jllmisai di TikTok, seorang wanita dipercayai wakil syarikat stesen minyak menjelaskan syarat-syarat yang diperlukan untuk membuka stesen minyak.

Namun sebelum diterangkan lebih lanjut, anda perlu tahu bahawa terdapat dua jenis operasi stesen minyak yang diguna di Malaysia.

Operasi tersebut ialah Company Own Dealer Operate (CODO) dan Dealer Own Dealer Operate (DODO).

Sekiranya menggunakan operasi CODO, tapak stesen minyak itu akan dimiliki oleh syarikat pengendali minyak mengikut jenama yang anda mahu.

Syarikat tersebut akan menyediakan segala keperluan dan kehendak untuk diletakkan pada stesen minyak itu dan harga minyak juga dikawal selia oleh kerajaan.

Operasi DODO

Manakala, sekiranya menggunakan operasi DODO, ia berlainan dengan CODO di mana stesen minyak itu dimiliki oleh peniaga itu sendiri.

Untuk membina stesen minyak ini, anda tidak perlu bersusah payah untuk membukanya di tempat yang berjauhan dengan kawasan rumah.

Menurut wanita tersebut, geran tanah mestilah ditukar kepada jenama stesen minyak yang dipilih.

Bagi keluasan tanah pula, anda perlulah mempunyai sekurang-kurangnya 0.75 ekar dan ke atas.

Pun begitu, sekiranya mempunyai satu ekar ia adalah tempat yang sesuai untuk membina stesen minyak.

Akan tetapi ia akan menjadi lebih sempurna jika keluasan tanah itu lebih daripada satu ekar dan keluasannya berbentuk segi empat.

Kemudian, sebelum peniaga menawarkan tanah kepada syarikat minyak, mereka akan melakukan kiraan trafik terlebih dahulu.

Ini adalah untuk memastikan sama ada kawasan tersebut merupakan kawasan yang strategik ataupun tidak.

Yang paling penting, jalan untuk masuk dan keluar mestilah cukup besar dan ia adalah perkara yang wajib untuk dititikberatkan semasa proses membina stesen minyak. 

Kredit: @jllmisai/Twitter

Syarat seterusnya, adalah berkaitan dengan bajet. Pastikan anda mempunyai bajet yang cukup untuk membina stesen minyak.

Dengan menggunakan operasi DODO, peniaga hanya perlu menyediakan antara RM2.5 juta sehingga RM5 juta.

Jelasnya, pinjaman bank hanya akan dapat bantu separuh daripada jumlah tersebut untuk membuka stesen minyak itu.

Jadi sebelum membuka stesen minyak, pastikan anda mengetahui operasi mana yang sesuai untuk digunakan berdasarkan modal anda.

Sumber: @jllmisai/Twitter

The post Modal Tak Sampai RM3 Juta, Ini Cara Buka Stesen Minyak Guna Operasi DODO appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*