Wanita Palsukan Kebakaran Rumah Untuk Dapatkan Perhatian

Wanita Palsukan Kebakaran Rumah

Seorang wanita dikesan memalsukan kebakaran rumahnya berikutan ingin mendapat perhatian daripada bahagian khidmat pelanggan, lapor Metro UK.

Difahamkan, wanita yang dikenali sebagai Sani Shah, 27 tahun  berasal dari Milton Keynes merupakan seorang peniaga atas talian yang menjual pakaiannya kepada pelanggan.

Kejadian tersebut bermula apabila Sani mengesan dua bungkusan pelanggannya telah hilang dan menyebabkan dia menelefon pihak kurier setiap hari untuk bertanya keberadaan bungkusan itu.

Namun, setiap kali dia ingin berkomunikasi secara langsung dengan perkhidmatan pelanggan, tindakkannya itu ditolak oleh ‘robot’ (melayan pelanggan secara automatik).

Ekoran daripada kejadian itu berlarutan selama sebulan, dia mengambil keputusan untuk mendapatkan perhatian lebih daripada pusat perkhidmatan pelanggan tersebut.

“Mereka memberikan saya nombor rujukan dan mengatakan bahawa seseorang akan menghubungi saya. Tetapi, saya berkata, ‘Tolong, kurier anda telah membakar rumah saya!’”, katanya.

Wanita Palsukan Kebakaran Rumah
Kredit: Metro UK

Justeru, pihak perkhidmatan itu telah meminta gambar kebakaran utnuk memulakan siasatan dan tindakan lanjut. Jadi, tanpa berfikir panjang, Sani terus mencari gambar di Google yang menggambarkan rumah terbakar.

Keesokannya, Sani dikatakan telah menerima panggilan dari ibu pejabat syarikat perkhidmatan tersebut.

Dalam kesempatan itu, Sani turut mengaku bahawa dia telah melakukan laporan palsu namun tidak disangka pekerja tersebut telah memberi bayaran balik kepadanya dan menghantar barang gantian kepada pelanggan.

“Saya tidak mahu berbohong dan memberi tekanan kepada pusat perkhidmatan barang tersebut tetapi ini adalah cara untuk memastikan pekerjanya sentiasa berhubung dengan saya,” maklumnya.

Disebabkan itu, pusat perkhidmatan penghantaran barangan itu telah meminta maaf dan menambah, “Kami menghantar 700 juta bungkusan setahun dan berbangga bahawa 99 peratus dihantar tepat pada masanya.”

 

 

Sumber: Metro UK

The post Wanita Palsukan Kebakaran Rumah Untuk Dapatkan Perhatian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*