Jangan Hanya Tahu Pakai, Ini 5 Jenis Minyak Pada Kereta Yang Perlu Dijaga

Bukan Minyak Enjin Saja

Jangan Hanya Tahu Pakai, Ini 5 Jenis Minyak Pada Kereta Yang Perlu Dijaga

Di Malaysia, setiap isi rumah boleh dikatakan memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta. Kenderaan ini pula, digunakan untuk pelbagai tujuan, sama ada untuk keluar bersantai, bekerja atau mengangkut barang.

Jadi, kereta yang dibeli memang akan digunakan sepenuhnya dan banyak masa dihabiskan di atas jalan. Sebab itulah anda perlu menjaga kereta dengan baik agar kenderaan boleh terus bergerak tanpa sebarang masalah.

Cara paling mudah untuk menjaga kereta adalah dengan mematuhi jadual penyelenggaraan yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar.

Jadual ini berfungsi persis seperti jadual pemeriksaan berkala. Manakala juruteknik yang melakukan pemeriksaan dan penyelenggaraan boleh dianggap sebagai doktor kepada kenderaan anda.

Selain penjagaan bateri, penjagaan minyak turut penting untuk kegunaan harian. Untuk pengetahuan pembaca, terdapat beberapa jenis minyak lain pada kenderaan yang perlu diselenggara.

Namun, selain minyak enjin, ramai sebenarnya tidak tahu ada bahagian lain pada kenderaan turut memerlukan minyak tersendiri dengan fungsi-fungsi tertentu.

Minyak-minyak ini juga perlu diselenggara secara berkala, sama seperti minyak enjin. Jadi, kali ini kami bawakan perkongsian oleh pengguna Tiktok, @CYL Group berkenaan lima minyak kenderaan yang perlu dijaga.

Minyak enjin / Minyak hitam

Minyak enjin perlu ditukar setiap 5,000 km, 7,500 km ataupun 10, 000 km, mengikut kualiti minyak yang digunakan.

Perlu diingat, walaupun kereta kurang berjalan, minyak enjin tetap perlu ditukar mengikut tempoh yang ditetapkan atau setiap enam bulan.

Minyak hitam atau minyak enjin kereta berfungsi membersih, menyejuk dan melicinkan pergerakan serta mengurangkan risiko kerosakan pada bahagian enjin kereta.

Kegagalan menukar minyak enjin pada waktu yang sepatutnya akan membebankan enjin dan boleh menyebabkan masalah dalam jangka masa panjang.

Minyak transmisi

Minyak transmisi digunakan untuk melincirkan kekotak transmisi ataupun kotak gear. Ia perlu ditukar setiap 40,000 km atau setiap 2 tahun.

Selain daripada melincirkan dan melindungi komponen transmisi daripada kehausan, minyak enjin juga melancarkan pergerakan transmisi.

Minyak brek

Minyak brek mengaktifkan piston brek yang kemudiannya menekan brek pad bagi memperlahankan kereta. Jika minyak brek tidak mencukupi, piston brek mungkin tidak dapat diaktifkan dan akan menjejaskan prestasi brek pad.

Walaupun direka untuk bertahan dengan suhu enjin yang panas, namun paras minyak brek boleh berkurang dari semasa ke semasa. Jadi, minyak brek disaran untuk ditukar setiap 40,000 km atau setiap 2 tahun.

BACA: Cara Tahu Usia Sebenar Kereta Terpakai, Bukan Sekadar Tengok “Mileage”

Minyak stereng kuasa (power steering) 

Kewujudan teknologi sistem stereng kuasa memudahkan pemandu untuk mengubah posisi dan pergerakan roda depan. Lebih-lebih lagi jika anda memandu kenderaan muatan berat.

Minyak stereng kuasa perlu ditukar setiap 60,000 km bagi memastikan kestabilan pengendalian kenderaan pada kelajuan tinggi serta mengurangkan daya putaran.

Minyak kompressor 

Minyak kompressor juga adalah minyak pada kenderaan yang perlu diberi perhatian oleh pengguna. M

Menurut @CYL Group, minyak kompressor penting dalam operasi sistesm pendingin hawa kenderaan dan perlu diservis setiap 30,000 km.

Selain bertindak sebagai pelincir kompressor di bahagian komponen dalaman, ia juga bertindak sebagai penyerap haba dan ejen pengedap untuk bahagian getah seperti paip dan o-ring pada sistem penghawa dingin kereta.

Satu lagi jenis cecair pada kenderaan adalah cecair coolant. Cecair ini paling lama bertahan dan mungkin perlu ditukar sekali sahaja.

@cylgroup_oe

5 Minyak Perlu Diservis ! #kereta #minyakenjin #minyakbrek #minyak #powersteering #minyak #gearbox #minyak #compressor #coolant #5000km #7500km #10000km #caltex #glenmarie #caltexmalaysia #tiktokguru_malaysia #tiktokmalaysia #oeacademy #oe杰青商学院

♬ original sound – CYL Group – CYL Group

Semoga bermanfaat.

Sumber: CYL Group via TikTok, Carsome

The post Jangan Hanya Tahu Pakai, Ini 5 Jenis Minyak Pada Kereta Yang Perlu Dijaga appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*